Mati itu pasti. Itu ungkapan biasa yang kita dengar untuk memperingatkan kita bahawa kematian itu satu kemestian dalam hidup didunia. Tetapi bila waktunya tidak diketahui. Mungkinkah oleh kerana tarikh keramat itu disorok oleh Allah yang maha esa maka ada sebahagian daripada kita leka tanpa memikirkan untuk bersedia sebaiknya untuk menyambut kematian.
Walaupun begitu takaful bukanlah bertujuan untuk melindungi kita daripada mati, mati tetap mati. Samada dengan takaful atau tanpanya jika dijemput Allah kita akan tetap pergi. Pokoknya di sini bagaimana makan pakai, perbelanjaan harian bagi mereka yang kita tinggalkan. Sebelumnya setiap bulan kita boleh membayar pelbagai bil, ansuran kereta, ansuran rumah, wang saku anak-anak ke sekolah atau belanja dapur (sebahagian daripada perbelanjaan biasa untuk menyambung hidup). Tetapi apabila kita dijemput Allah swt, semua itu terhenti. Dulunya keluarga ada wang terkadang mencecah ribuan ringgit sebulan tetapi kini telah tiada. Tanpa boleh dirayu lagi untuk diadakan semula. Rakan kongsi hidup yang mungkin hanya menjadi suri rumah sepenuh masa tiba-tiba hilang punca rezeki. Sebelumnya boleh hidup bahagia menumpang kasih dan rezeki tetapi kini hidup sendirian bersama anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang serta masih menadah tangan untuk wang saku dan belanja jajan...hidup perlu diteruskan, tetapi apa yang paling penting adalah bagaimana hendak memulakan dan meneruskan hidup tanpa tunggak keluarga yang selama ini menjadi dahan tempat berpaut.
Acap kali kita mendengar khabar sedih sipolan sipolan meninggal dunia akibat sakit jantung...kesiannya, muda lagi dah meninggal. Teman sepersekolahan kita meninggal akibat kanser...kesiannya, tak sangka baru aje jumpa bulan lepas tup-tup dah tiada. Itu tidak termasuk pelbagai bentuk kemalangan yang saban hari merenggut nyawa, tidak tahu siapa. Adakah kita terkecuali dari segala musibah itu? Apa kelebihan dan kekebalan kita yang Allah maktubkan dalam luth mahfuz yang menidakkan kita ditimpa musibah? Takdir Allah tiada siapa yang tahu tetapi Allah kurniakan kita dengan pelbagai anugerah untuk kita manfaatkan untuk kebaikan bersama...
“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan kemungkaran” Al-Maidah:2.
Apa solusinya semasa kita masih hidup untuk menidakkan kesan-kesan seperti di atas. Takaful adalah salah satu jawapannya. Yang paling mudah dan berkesan.