GOLONGAN KANAN

Thursday, May 7, 2020

Tepung Pelita Sengkuang

Selama hayat tak pernah suka kuih ni.
Tak pernah terliuq pun nak makan.
Baik bulan puasa ke...raya ke..kenduri mak kendara ke. Lalu la tepi mata, singgah la tepi pinggan... jeling pun ku tak heran.
Sombong. 
Jangan tanya kenapa. Jawapannya tiada. Noktah. 
Tapi itu aku sorang aje. 
Anak suka. Boss pun suka. 
Dan kerana mereka...kerana MCO juga. 
Aku godek apa yang ada. 
Pembuka selera. 
Untuk berbuka. 

Tepung Pelita Sengkuang MCO 2020.
Bahan-bahan lapis hijau:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air pandan (daun dari pasu depan rumah je) 
2 cawan air
Pewarna hijau ikut suka. 

Cara:
Campur semua bahan.
Kacau dan tapis. 
Masak dlm kuali (selesa sebab besaq, tak bekecah). 
Api sederhana dan kacau sampai masak. 
Petunjuk- ada gelembung plop plop dan tekstur agak berkilat. 
Lebih kurang 15 minit macam tu.