GOLONGAN KANAN

Wednesday, December 14, 2011

I CHOOSE TO...



CoPIeD bY: bOBo

SUAMI MENINGGAL TANPA PENAMA, APA HAK ISTERI?

Perbincangan yang aku tonton di TV3...

Ada seorang pemanggil mengadu masalah yang beliau hadapi selepas kematian suami...mana dengan trauma untuk menghadapi kehilangan yang sudah semestinya amat dirasai, mana dengan bebanan tanggungjawab yang ditinggalkan...di tambah pula dengan konflik yang timbul apabila urusan tuntutan harta (sekiranya ada...)

Tetapi apa yang aku paling tertarik adalah komen dari panel yang terdiri dari seorang peguam dan seorang perunding wasiat. Kenapa para suami tidak rasa bertanggungjawab untuk menamakan isteri sebagai penama keatas harta beliau? Adakah benar rasa kasih, rasa sayang dan rasa cinta kita terhadap isteri bilamana kita tidak benar-benar merancang untuk keselesaan anak-anak dan isteri yang kita tinggalkan apabila kita meninggal?

Secara dasarnya dalam undang-undang munakahat islam pun, isteri ada hak terhadap harta suami. Jangan kita peningkan kepala kita dengan istilah apa sekali pun, apabila sah kita bergelar suami kepada isteri yang kita nikahi, tanggungjawab telah sah dibahu sang suami. Jangan kita menjadi sebahagian dari statistik yang menyumbang kepada permasaalahan ini. Itu tidak termasuk lagi harta yang tidak diwartakan atau yang disorok dari pengetahuan isteri semasa hayat suami masih ada. Apa yang perlu disembunyikan daripada isteri? Luakkah duit KWSP yang ada sekiranya suami menamakan isteri sebagai penama? Hilangkah hakmilik rumah jika suami menghibahkan rumah kepada isteri? Terpadamkah pengorbanan seorang isteri pabila suaminya meninggal dunia sampaikan harta yang dicari tidak boleh sama dikongsi?

Itu adalah persoalan...tetapi dimana solusinya?

Secara jujurnya selagi suami tidak mahu atau memandang sepi erti tanggungjawab yang ditinggalkan selepas kematiannya, selagi itulah sukar untuk kita mencari jawapan atau setidak-tidaknya mengurangkan kesukaran yang bakal dihadapi oleh pewaris yang ditinggalkan. Kita semua boleh berbicara, berforum, berworkshop waima apa sekalipun...tetapi kebiasaannya itulah...bicara tinggal bicara, forum tinggal forum, workshop hanya di kertas kerja...secara praktikalnya terlalu sedikit kaum adam yang benar-benar ikhlas terhadap hak kaum hawa...isteri yang ditinggalkan.

Jika slip gaji pun disembunyikan, bonus pun tidak diberi hak untuk bertanya, arrears yang sesekali dapat pun disenyap-senyapkan, akaun bank pun disorok-sorokkan, ASB dan saham yang lain pun ditiada-tiadakan...apa lagi kudrat yang kita ada untuk meminta 'jasa baik' suami untuk menamakan kita sebagai penama???

Masih beranikah kita untuk bertanya hak kita jika ditakdirkan suami meninggal dunia?

Bertanya sewaktu suami masih sihat wal'afiat?

Bertanya sesuatu yang sensitif walaupun sekadar pertanyaan yang hanya akan terpakai pada waktu yang kita sendiri tidak pasti bila?

Realitinya..semasa hidup pun dinafikan hak untuk bertanya,,,, apatah lagi...


wallu'aklam...bukan untuk memprovokasi, sekadar berkongsi...



-BobO-