GOLONGAN KANAN

Wednesday, December 14, 2011

I CHOOSE TO...



CoPIeD bY: bOBo

SUAMI MENINGGAL TANPA PENAMA, APA HAK ISTERI?

Perbincangan yang aku tonton di TV3...

Ada seorang pemanggil mengadu masalah yang beliau hadapi selepas kematian suami...mana dengan trauma untuk menghadapi kehilangan yang sudah semestinya amat dirasai, mana dengan bebanan tanggungjawab yang ditinggalkan...di tambah pula dengan konflik yang timbul apabila urusan tuntutan harta (sekiranya ada...)

Tetapi apa yang aku paling tertarik adalah komen dari panel yang terdiri dari seorang peguam dan seorang perunding wasiat. Kenapa para suami tidak rasa bertanggungjawab untuk menamakan isteri sebagai penama keatas harta beliau? Adakah benar rasa kasih, rasa sayang dan rasa cinta kita terhadap isteri bilamana kita tidak benar-benar merancang untuk keselesaan anak-anak dan isteri yang kita tinggalkan apabila kita meninggal?

Secara dasarnya dalam undang-undang munakahat islam pun, isteri ada hak terhadap harta suami. Jangan kita peningkan kepala kita dengan istilah apa sekali pun, apabila sah kita bergelar suami kepada isteri yang kita nikahi, tanggungjawab telah sah dibahu sang suami. Jangan kita menjadi sebahagian dari statistik yang menyumbang kepada permasaalahan ini. Itu tidak termasuk lagi harta yang tidak diwartakan atau yang disorok dari pengetahuan isteri semasa hayat suami masih ada. Apa yang perlu disembunyikan daripada isteri? Luakkah duit KWSP yang ada sekiranya suami menamakan isteri sebagai penama? Hilangkah hakmilik rumah jika suami menghibahkan rumah kepada isteri? Terpadamkah pengorbanan seorang isteri pabila suaminya meninggal dunia sampaikan harta yang dicari tidak boleh sama dikongsi?

Itu adalah persoalan...tetapi dimana solusinya?

Secara jujurnya selagi suami tidak mahu atau memandang sepi erti tanggungjawab yang ditinggalkan selepas kematiannya, selagi itulah sukar untuk kita mencari jawapan atau setidak-tidaknya mengurangkan kesukaran yang bakal dihadapi oleh pewaris yang ditinggalkan. Kita semua boleh berbicara, berforum, berworkshop waima apa sekalipun...tetapi kebiasaannya itulah...bicara tinggal bicara, forum tinggal forum, workshop hanya di kertas kerja...secara praktikalnya terlalu sedikit kaum adam yang benar-benar ikhlas terhadap hak kaum hawa...isteri yang ditinggalkan.

Jika slip gaji pun disembunyikan, bonus pun tidak diberi hak untuk bertanya, arrears yang sesekali dapat pun disenyap-senyapkan, akaun bank pun disorok-sorokkan, ASB dan saham yang lain pun ditiada-tiadakan...apa lagi kudrat yang kita ada untuk meminta 'jasa baik' suami untuk menamakan kita sebagai penama???

Masih beranikah kita untuk bertanya hak kita jika ditakdirkan suami meninggal dunia?

Bertanya sewaktu suami masih sihat wal'afiat?

Bertanya sesuatu yang sensitif walaupun sekadar pertanyaan yang hanya akan terpakai pada waktu yang kita sendiri tidak pasti bila?

Realitinya..semasa hidup pun dinafikan hak untuk bertanya,,,, apatah lagi...


wallu'aklam...bukan untuk memprovokasi, sekadar berkongsi...



-BobO-

Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Alhamdulillah...kita diberi kesempatan oleh Allah swt untuk terus berada di bumiNya pada hari ini tanggal 1 Muharam 1433H bersamaan 27 November 2011M.

Besar sungguh nikmat yang Allah beri pada kita, banyak sungguh hikmah yang Allah selitkan dalam setiap lakaran hidup kita. Tapi...sungguh, dan sesungguhnya kita hamba Allah ini kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Kita jarang melihat hikmah yang Allah bentangkan di setiap simpang dan liku perjalanan hidup kita.Aku sendiri dalam sedar harus mengaku betapa sering aku alpa pada nikmat dan hikmah yang Allah kurniakan pada aku, hambaNya yang kerdil dan hina ini. Bukan sekali aku lari dari landasan iman, bukan sehari aku pejamkan mataku dari melihat kekuasaan Allah dan boleh dihitung jari selama mana aku benar-benar ikhlas dalam mencintai Allah...aku tak kata orang lain...itu aku! Ya Allah...ampunkan aku ya Allah...

Hari ini seperti saban tahun, Maal Hijrah kita raikan...doa akhir tahun, doa awal tahun silih berganti. Tapi sedalam mana pengertian kita pada doa-doa yang kita lafazkan, yang kita aminkan???Hanya diri kita sendiri yang boleh menilai tapi percayalah penilaian kendiri itu kita wajarkan dengan tindakan kita ataupun vise versa...seharusnya tahun ini lebih baik dari tahun lalu dan tahun yang mendatang lebih baik dari tahun ini. Insya Allah...

Dan untuk sekian kalinya aku pohon padaMu ya Allah...

peliharalah aku dari syaitan yang direjam,

lindungilah aku dari nafsu kejahatan,

dekatkanlah aku pada pekerjaan yang mendekatkan aku padaMU ya Allah.

Ubahlah keadaan aku kepada sebaik-baik keadaan disisiMu ya Allah

Ya Allah...

kurniakanlah kepadaku kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat

dan peliharalah aku dari azab api neraka

amin ya rabbal 'alamin....


-bOBo-






Thursday, November 24, 2011

ALL BY MYSELF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

-BobO-

HAHAHA....IYOLAH TU.....




Kata orang, kalau ketawa...
Ketawalah sepuas-puasnya....












Tapi jangan sampai orang kata kita gila....



Kalau sebak,menangislah sepuas-puasnya...
Tapi jangan sampai kering air mata
Tinggalkan sikit untuk YANG lain...







Kalau bersedih, luahkan isi hati...
Pujuklah jiwa agar tiada duka..
asalkan ianya reda... tapi......pandai-pandai lah nak cari siapa????????





-BobO-

JANGAN MENGELUH

Kita selalu bertanya dan hakikatnya Al-Quran sudah menjawab...waima sebelum kita bertanya...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIANKU SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA AKU RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : PADA SIAPA TEMPAT AKU MENGADU?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Lalu wahai diri...apa solusi kita?
Jom tingkatkan ibadat agar di sana kelak nanti kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi suci. Setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Bersihkan jiwa, sucikan diri, kuatkan hati dan berdoa...

InsyaAllah...yakinlah Allah akan permudahkan kita melalui cabaran hidup ini dan tentunya kita teruskan kembara ini dengan penuh keredhaan.

-BoBo-

SOLAT DHUHA



Maksudnya:

"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,
kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu adalah keindahanMU,
kekuatan itu adalah kekuatanMu,
kekuasaan itu adalah KekuasaanMu
dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah,
jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah,
jika rezekiku sukar,mudahkanlah,
jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,
dan jika ia masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu, KekuatanMu, dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu."

THE THRUTH IS...




-copied by boBo-

Thursday, November 17, 2011

22 TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR...

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dipetik dari Facebook Ust Azhar Idrus


    Tuesday, November 15, 2011

    ARAFAH CINTA KITA

    Kupinjam entry ini dari gentarasa

    Ingat selalu, untuk bercinta sampai ke syurga di akhirat jadilah rumah tangga kita “syurga” di dunia – Baiti Jannati. Muhasabah selalu bersama isteri atau suami apakah rumah tangga sekarang sudah layak digelar “syurga”? Jika belum, berusahalah. Bermujahadahlah. Berkorbanlah. Pandang muka isteri (atau suami), pandang seorang demi seorang anak-anak kita… Ucapkan pada diri, “tidak akan aku biarkan seorang pun daripada kamu terpisah di akhirat nanti. Kita semua akan berkumpul sekali lagi… abadi di syurga nanti. Insya-Allah. Amin.”

    Bercintalah sampai syurga, jika benar-benar cintakan pasangan kita. Untuk itu bersedialah menempuh kesusahan. Nabi Adam dan Hawa mula bercinta di syurga, diuji dengan satu larangan, tersalah… dan “tercampak” ke dunia. Cinta terpisah sekian lama. Adam di satu penjuru. Hawa di penjuru yang lain. Bertaubat terus-terusan. Raja’na illallah (kembali kepada Allah). Dan akhirnya apabila cinta yang “tercemar” itu kembali bersinar, bertemulah semula cinta mereka di Arafah!

    Cinta sampai syurga… jangan melupakan cinta Allah. Jangan dilanggar syariat-Nya. Jika sudah tercemar, gilap kembali agar bersinar. Insya-Allah, akan ada “Arafah” cinta kita. Akan ada syurga kita!

    Tip bercinta sampai syurga.

    •Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan kita.
    •Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
    •Sama-sama saling ingat mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.
    •Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.
    •Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta.

    Friday, November 11, 2011

    SESUNGGUHNYA...

    Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
    Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
    Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir
    Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga

    Sesungguhnya walauku kutip semua permata di dasar lautan
    Sesungguhnya walauku siram dengan air hujan dari tujuh langitMu
    Namun cinta takkan hadir
    Namun rindu tak akan berbunga
    Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMu
    Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
    Ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
    Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga khauthar

    Sesungguhnya walauku kutip semua permata di dasar lautan
    Sesungguhnya walauku siram dengan air hujan dari tujuh langitMu
    Namun cinta takkan hadir
    Namun rindu tak akan berbunga
    Jika tidak mengharap rahmatMu
    Jika tidak menagih simpati... padaMu Ya Allah

    Tuhan... hadiahkanlah kasihMu kepadaku
    Tuhan... kurniakanlah rinduku kepadaMu
    Moga ku tahu syukurku hanyalah MilikMu...

    -nazrie johanie-

    SAYANG... BAHAGIAKAH KITA?

    i. bahagia itu apa?
    bahagia itu yang bagaimana?
    bahagia itu di mana?
    bahagia itu bila?

    ii. pesimiskah aku jika bertanya tentang bahagia
    optimiskah aku jika bertopengkan bahagia...

    iii.adakah bahagia itu metafora?
    adakah bahagia itu fatamorgana?
    atau adakah bahagia itu aura...

    iv. argh!!!
    terkadang...soalan dan luahan sukar dibezakan....


    -bObo-

    Thursday, November 10, 2011

    DAN RINDU ITU PUN MENGETUK PINTU HATIKU....

    -BobO-

    FORGIVE YOURSELF

    dEAR MYSELf,
    Forgive yourself for your faults and your mistakes and move on.

    -BObO-

    FEAR, PAIN and happiness...

    Is FEAR the memory of pain OR is PAIN the memory of fear????

    what about happiness?
    is it about patience...or is it about sacrifice?
    or it is just a simple grandmother story word that everybody hunts for...
    truly...
    facts of life will tell you the truth!


    -BobO-

    Wednesday, November 9, 2011

    KOMUNIKASI : LELAKI VS WANITA

    Secara purata seorang wanita dewasa mengucapkan 25,000 patah perkataan sehari berbanding lelaki dewasa yang hanya mengucapkan 10,000 patah perkataan sehari.
    Wanita gemar dan perlu bercakap berbanding dengan lelaki. Secara amnya wanita gemar bercakap dengan orang yang dianggap penting dalam kehidupannya, terutama suaminya.

    Wanita perlu bercakap untuk merasa puas dengan kehidupannya. Mereka juga perlu mendengar kata-kata manis dari suaminya dari masa ke semasa. Namun ramai lelaki yang tidak menyediakan ruang dan peluang kepada isteri mereka untuk bercakap dan memperdengarkan kata-kata manis dari mulut suami mereka..apatah lagi memberikan isteri mereka peluang meluahkan perasaan mereka tentang perhubungan dan dalam menyelesaikan konflik dalaman mereka.

    Komunikasi lisan antara suami yang berkuasa veto jarang berkesan kerana tiada atau kurang nya elemen EMPATI dalam komunikasi lelaki..isteri memerlukan suami yang mendengar dengan 'hati' dan menasihati dengan 'terbuka'...

    Wallahua'lam...

    -BOBO-

    Friday, November 4, 2011

    SALING BERCERITA SALING BERAHSIA

    Saling bercerita antara pasangan atau istilahnya pendedahan kendiri adalah bercerita tentang diri kita sendiri...atau pendedahan kendiri adalah satu proses pemberitahuan tentang apa jua perlakuan dan perbuatan kita kepada pasangan secara jujur. Proses ini akan memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain.

    Bagi isteri semakin lama ikatan perkahwinan semakin banyak perkara yang dilaluinya ingin dikongsi bersama pasangan, dan dia juga mengharapkan pendedahan yang berbentuk timbal balik iaitu sang suami akan bersikap terbuka yang sama.

    Tetapi dalam kebanyakan hubungan, situasi ini tidak berlaku. Semakin lama semakin banyak perkara tentang dirinya yang tidak didedahkan oleh suami..banyak yang makin menjadi hak privasi suami seorang...dan keadaan ini amat melukakan...

    Suami akan membangkitkan isu kepercayaan sedangkan sebenarnya merekalah yang membina tembok ketidakpercayaan dari bata-bata privasi dan hak individu mereka yang sering mereka momokkan pada si isteri.Semuanya ini klise belaka sehinggalah fasa selanjutnya terjadi dalam ikatan perkahwinan tersebut.

    Inilah fakta sebenarnya dan terpulang masing-masing untuk muhasabah diri.

    Bukan niat untuk memprovokasi tetapi nama pun sebuah catatan perjalanan....

    -bobo-

    LELAKI BERKATA DAN PEREMPUAN BERSETUJU...

    -BOBO-

    WAHAI TUHAN DENGARKANLAH

    Ya Allah, kutadahkan tangan menyeru kasihMu...kerana sesungguhnya Engkau Maha Mendengar.
    Aku ingin sekali menghampiriMu ya Allah...kerana aku yakin sesungguhnya Engkau begitu hampir denganku
    Aku memohon dan meminta ya Allah, Kau perkenankanlah ya Allah...kerana sesungguhnya aku yakin Engkau akan penuhi permintaanku...peganglah aku pada jalanmu yang lurus.

    # ALLAH MAHA LEMBUT PADA HAMBA-HAMBANYA; DIA MEMBERI REZEKI KEPADA YANG DIKEHENDAKINYA DAN DIALAH YANG MAHA KUAT LAGI MAHA PERKASA#

    YA WADUD....

    -BOBO-

    RUMAH ITU SYURGA KITA VS RUMAHKU SYURGAKU

    betul kah ungkapan itu?

    apabila rumah hanya menjadi istana hinggap untuk rehat dan tidur pada waktu malam?

    apabila isteri dirumah berantakan menguruskan semua tanpa sang suami bertanya khabar sepeninggalannya waktu bekerja?

    apabila isteri bekejar berlari mengurus kareer, mengurus rumahtangga dan mencari ruang untuk diri sendiri..tapi masih tidak dihargai?

    apabila badai melanda isteri tetap menjadi penunggu setia tapi hak dan perasaannya dinafi?

    masihkah rumah itu syurga kita????

    -bobo-

    mengapa aku berjauh diri

    #aku dah tak mampu memendam rasa marah di hati ini lagi
    #kami dekat tapi hati aku jauh
    #aku jauh hati dengannya
    #aku perlukan teman bicara
    #cara aku disayangi mengecewakan
    #cara aku dilayan menghampakan
    #aku bukan lagi kawannya untuk berkomunikasi
    #aku tidak lagi dihargai
    #aku bukan lagi yang pernah menjadi kebanggaannya satu masa dulu
    #aku tahu banyak perkara yang tidak dikongsi bersama
    #aku bertanya jawapan tiada
    #bila jawapan darinya tidak lagi dengan nada yang sama
    #calls and sms deleted
    #aku kena jauhkan diri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    -bobo-

    Friday, October 28, 2011

    AKU DAH ADA...

    Teman,
    aku ingin berkongsi rasa
    rasa gembira dan teruja
    tapi sayang...tika ini aku tak punya sesiapa

    Teman,
    aku ingin memberitahu dunia
    aku ingin melaung seangkasa
    aku ingin menyatakan segala
    tapi sayang...aku masih tak punya sesiapa

    Teman,
    walau kiri dan kakanku tembok kaku
    walau hadapan dan belakangku semua membatu
    waima walau sekelilingku kelu...
    aku sekerasnya dan semahunya ingin memberitahu...
    aku dah punya sesuatu
    tanggal 27 okober 2011 yang lalu
    aku dah ada MYVI baru...wvy1969 temanku...

    syukran ya rabb...

    -BOBO-

    SELF-LOVE

    Cinta tidak bersyarat adalah cinta pada diri sendiri, cinta-diri atau self-love.Self love adalah cinta-diri seseorang yang berasaskan kepada Cinta Ilahi.

    Apa sahaja ritual yang kita lakukan tanpa Cinta Ilahi akan menjadikan kita robot yang tidak terkawal. Cinta Ilahi dalam Cinta-Diri adalah Cinta Tanpa Syarat..LOVE UNCONDITIONALLY!!!

    Seperti kata salah seorang guru aku, Pak Wisnu Prayudha..,kalau kita mahir dan cinta pada diri sendiri, kita pasti pandai mencintai dan dicintai...

    Well....dear myself...say it...ALL AROOOOUUUUUND,ONLY LOVEEEEE I SEEEEE.....

    THE PRESENT MOMENT

    Rahsia terbesar dunia adalah "THE NOW"atau 'THE PRESENT MOMENT'...mayan calender

    "THE NOW" dan "THE LOVE" adalah gerbang yang menjalinkan kita hari ini ke kehidupan seterusnya...barbara marciniak

    "THE PRESENT MOMENT IS AS IT IS...ALWAYS...CAN YOU LET IT BE:...eckhart tole

    HAPPINESS AND SUCCESS

    SUCCESS IS GETTING WHAT YOU WANT
    HAPPINESS IS LIKING WHAT YOU GET...

    REMINISCENCES

    HE WHO CRITICISES IS SELDOM FORGIVEN...
    HE WHO ENCOURAGES IS SELDOM FORGOTTEN...

    JANGAN SALAHKAN ISTERI BILA ANAK TIDAK PERFORM...

    Petikan dari tulisan Saudara Haron Mohd Yusof

    Selalunya ramai suami akan mengatakan pada isteri, " itu laa you..sebab tu anak jadi begini..." itu adalah ungkapan paling bodoh kerana pemegang saham syarikat tidak akan menyalahkan manager apabila syarikat tidak perform...yang disalahkan adalah CEO! The big boss!
    Bapa yang sedemikian adalah CEO yang hanya tahu mengarahkan production line go smoothly without managing and monitoring...merekalah yang sebenarnya yang mengeluarkan benih yang tidak ranum!!!...wallallhua'lam

    ANDAINYA KU TAHU

    Seandainya ku tahu..seandainya sahabatku tahu...seandainya semua orang tahu

    INDAHNYA AKU SEORANG ISLAM
    KALA SENANG RASA BERSYUKUR...
    DIKALA SUSAH...BERSABAR...

    RULES OF 72

    SOMETHING TO PONDER

    Berapa lamakah duit yang kita laburkan atau kita simpan akan berganda jumlahnya pada sesuatu kadar keuntungan?
    Ia adalah Rules of 72 yang mana apabila 72 dibahagi degan kadar keuntungan, kita akan mendapat jumlah tahun yang kita perlukan untuk menjadikan duit kita BERGANDA!!!

    Contoh:

    Principal : RM10,000
    Kadar keuntungan : 6% setahun
    @ 72 di bahagi 6 bersamaan dengan 12
    ini bermakna pada tahun ke-12, pelaburan kita akan BERGANDA dari RM10,000 kepada
    RM20,000...dengan syarat wajib...NO WITHDRAWAL IS ALLOWED!!!

    so..renung-renungkan dan selamat beramal!

    kata orang tua-tua...SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT

    Sunday, October 23, 2011

    I HAVE TO LET YOU GO

    20/10/11...aku dengan rasminya telah melepaskan WKL7965 ke tangan orang lain...jangan ditanya bagaimana perasaan aku tika itu. Apa yang aku harapkan, aku membuat perkara yang betul dan yang terbaik buat masa ini. WKL7965 aku lepaskan setelah hampir 9 tahun ia kumiliki.

    9 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Terlalu banyak pengalaman pahit manis terukir..jatuh bangun seorang hamba Allah bernama AKU dalam meniti titian perjalanan hidup. Ya...aku pernah rebah, tersungkur malah hampir aku kehilangan diri aku sendiri. Bohong kalau aku katakan bahawa aku kuat...bangkit dengan mudah atas daya usaha sendiri. Kekuatan aku cuma ALLAH...dalam kemelut kasih sayang, aku bertaut pada Rahman dan Rahim Allah, dalam kegelapan aku dakap Nur Allah...dalam kesangsian aku peluk Matiin Allah...dalam gelora rasa aku terus mencintai Quddus Allah...aku pegang tali Allah.

    WKL7965...aku lepaskan kau pada hamba Allah lain yang lebih baik. Aku tak mampu meneruskan aqad kita kerana setiap inci dirimu ada kenangan yang sebahagian darinya ingin aku hapuskan. Aku tidak sanggup terus dibayangi bayang-bayang semalam. Biarlah apa yang pernah berlaku padamu yang tidak aku ketahui terus berada dalam pengetahuan Allah...

    Tuesday, September 6, 2011

    Keperluan takaful keluarga. Kenapa ramai yang masih bertangguh?

    Mati itu pasti. Itu ungkapan biasa yang kita dengar untuk memperingatkan kita bahawa kematian itu satu kemestian dalam hidup didunia. Tetapi bila waktunya tidak diketahui. Mungkinkah oleh kerana tarikh keramat itu disorok oleh Allah yang maha esa maka ada sebahagian daripada kita leka tanpa memikirkan untuk bersedia sebaiknya untuk menyambut kematian.

    Walaupun begitu takaful bukanlah bertujuan untuk melindungi kita daripada mati, mati tetap mati. Samada dengan takaful atau tanpanya jika dijemput Allah kita akan tetap pergi. Pokoknya di sini bagaimana makan pakai, perbelanjaan harian bagi mereka yang kita tinggalkan. Sebelumnya setiap bulan kita boleh membayar pelbagai bil, ansuran kereta, ansuran rumah, wang saku anak-anak ke sekolah atau belanja dapur (sebahagian daripada perbelanjaan biasa untuk menyambung hidup). Tetapi apabila kita dijemput Allah swt, semua itu terhenti. Dulunya keluarga ada wang terkadang mencecah ribuan ringgit sebulan tetapi kini telah tiada. Tanpa boleh dirayu lagi untuk diadakan semula. Rakan kongsi hidup yang mungkin hanya menjadi suri rumah sepenuh masa tiba-tiba hilang punca rezeki. Sebelumnya boleh hidup bahagia menumpang kasih dan rezeki tetapi kini hidup sendirian bersama anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang serta masih menadah tangan untuk wang saku dan belanja jajan...hidup perlu diteruskan, tetapi apa yang paling penting adalah bagaimana hendak memulakan dan meneruskan hidup tanpa tunggak keluarga yang selama ini menjadi dahan tempat berpaut.
    Acap kali kita mendengar khabar sedih sipolan sipolan meninggal dunia akibat sakit jantung...kesiannya, muda lagi dah meninggal. Teman sepersekolahan kita meninggal akibat kanser...kesiannya, tak sangka baru aje jumpa bulan lepas tup-tup dah tiada. Itu tidak termasuk pelbagai bentuk kemalangan yang saban hari merenggut nyawa, tidak tahu siapa. Adakah kita terkecuali dari segala musibah itu? Apa kelebihan dan kekebalan kita yang Allah maktubkan dalam luth mahfuz yang menidakkan kita ditimpa musibah? Takdir Allah tiada siapa yang tahu tetapi Allah kurniakan kita dengan pelbagai anugerah untuk kita manfaatkan untuk kebaikan bersama...

    “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan kemungkaran” Al-Maidah:2.

    Apa solusinya semasa kita masih hidup untuk menidakkan kesan-kesan seperti di atas. Takaful adalah salah satu jawapannya. Yang paling mudah dan berkesan.