20/10/11...aku dengan rasminya telah melepaskan WKL7965 ke tangan orang lain...jangan ditanya bagaimana perasaan aku tika itu. Apa yang aku harapkan, aku membuat perkara yang betul dan yang terbaik buat masa ini. WKL7965 aku lepaskan setelah hampir 9 tahun ia kumiliki.
9 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Terlalu banyak pengalaman pahit manis terukir..jatuh bangun seorang hamba Allah bernama AKU dalam meniti titian perjalanan hidup. Ya...aku pernah rebah, tersungkur malah hampir aku kehilangan diri aku sendiri. Bohong kalau aku katakan bahawa aku kuat...bangkit dengan mudah atas daya usaha sendiri. Kekuatan aku cuma ALLAH...dalam kemelut kasih sayang, aku bertaut pada Rahman dan Rahim Allah, dalam kegelapan aku dakap Nur Allah...dalam kesangsian aku peluk Matiin Allah...dalam gelora rasa aku terus mencintai Quddus Allah...aku pegang tali Allah.
WKL7965...aku lepaskan kau pada hamba Allah lain yang lebih baik. Aku tak mampu meneruskan aqad kita kerana setiap inci dirimu ada kenangan yang sebahagian darinya ingin aku hapuskan. Aku tidak sanggup terus dibayangi bayang-bayang semalam. Biarlah apa yang pernah berlaku padamu yang tidak aku ketahui terus berada dalam pengetahuan Allah...
No comments:
Post a Comment