GOLONGAN KANAN

Monday, June 23, 2014

APA YANG NABI SUKA

Kenapa kita perlu kasih pada nabi saw?
-kerana kasih pada nabi saw merupakan sebahagian dari iman.

Kasih itu pula perlu dizahirkan dengan perbuatan. Ini bermakna ucapan di lidah dan buktikan dengan mengikuti amalannya iaitu sunnah rasulullah saw. Apa yang nabi buat, kita ikut dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.
Sebagai contoh dalam bab solat. Apa yang nabi suka amalkan antara lain:-

1. Solat yang lebih disukai oleh nabi saw adalah solat yg dibuat secara berterusan walaupun sedikit. Sebagai contoh solat tahajjud. Kebanyakan kita hanya melakukannya tatkala kita ditimpa masalah atau musibah. Waktu itu kita akan berusaha untuk bangun tengah malam untuk solat. Malah sanggup untuk solat hingga 11 rakaat. Sedangkan sepatutnya solat tahajjud itu menjadi amalan harian kita walaupun sekadar 2 rakaat.

Menurut Saidatina Aisyah r.a, nabi saw apabila membuat sesuatu amalan, amalan tersebut dilakukan secara berterusan yakni konsisten.
ISTIQOMAH.
Allah swt tidak akan jemu dengan amalan kita (untuk memberi pahala) sehinggalah kita jemu untuk melakukannya.

2. Nabi saw akan mengerjakan solat sejurus selepas solat mendapatkan baginda. Ini memberi maksud apabila masuk waktu nabi saw akan solat sejurus masuknya waktu solat. Tidak perlu kita memberatkan kepada mesti ada masjid baru boleh solat atau bagi wanita mesti perlu bertelekung baru boleh bersolat sehingga boleh membawa kepada hujung waktu.
MENYEGERAKAN SOLAT.

3. SOLAT SUNAT DI RUMAH.
Solat fardhu berjemaah dimasjid dan perbanyakkan solat sunat di rumah kerana dengan memperbanyakkan solat sunat di rumah Allah akan memberi kebaikan pada rumah kita.

4. SOLAT SUNAT FAJAR.
Nabi saw amat memberatkan solat sunat sebelum solat subuh. Yakni selepas azan dan sebelum iqamat solat subuh. Ianya lebih baik dari dunia dan segala isi buminya.

5. SOLAT SUNAT QABLIYYAH ZOHOR 4 RAKAAT.
Nabi saw suka dan mengekalkan 4 rakaat solat sunat qabliyyah zohor. Kalau biasanya kita solat qabliyyah zohor 2 rakaat, panjangkan kepada 4 rakaat sebagai tanda kita kasih pada nabi saw habibullah.

NABI LEBIH KASIH DAN REDHA KEPADA AKHIRAT BERBANDING DUNIA

Kredit kepada ustaz mohd nizam kadir
Tanyalah ustaz@tv9

posted from Bloggeroid

Saturday, June 21, 2014

Nasyid Kitab Al-Qur'an


KITAB AL-QUR'AN

Kitab Al-Qur'an kitab pemimpin ummah
Yang berkekalan Al-Qur'an ya Al-Qur'an

Kitab Al-Qur'an kitab ya Quddul Ummah
Kitabul abadi Al-Qur'an ya Al-Qur'an

The Holy Al-Qur'an guides our community
Will always remain Al-Qur'an Oh Al-Qur'an

Kalam sujud menyerah pada Ilahi
Pada kebesaran dan keagunganNya
Barakatul Qur'an Hidayatul Furqan
Kitabul hayyi muslimin wa muslimat
Zudi Al-Qur'an Zudi Al-Furqan
The books, the guide(s) of muslimin and muslimat

Ilal amal minal ta'ul Syiar ul Islam
Mujahidi nal Mukhlisin fil amal

Always work hard
Never give up
Al-Qur'an illuminates of our life

Gigih bekerja
Terus berusaha
Al-Qur'an jadi penyuluh hidup kita

Kitab Al-Qur'an kitab pemimpin ummah
Yang berkekalan Al-Qur'an ya Al-Qur'an

Kitab Al-Qur'an kitab ya Quddul Ummah
Kitabul abadi Al-Qur'an ya Al-Qur'an

The Holy Al-Qur'an guides our community
Will always remain Al-Qur'an Oh Al-Qur'an
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Alhamdulillah.
Berakhir sudah majlis musabaqah Al-Qur'an peringkat antara bangsa 1435H/2014M.

Moga aku terus istiqomah bertemankan kalam Allah ini.
Amiin ya Rabb...

Tuesday, June 10, 2014

Ilmu, amal dan iman.

Ilmu yang banyak kita pelajari sepanjang hidup ini belum boleh memberi jaminan kepada kita yang kita akan beramal dengannya. Ilmu yang ada juga belum boleh menjadi senjata yang kita tidak akan berbuat maksiat dengannya. Bunyinya memang pelik. Tapi pelik ini benar.

Apa yang membezakan kita adalah amal. Walau selaut ilmu yang kita ada tapi tanpa sebarang amal, ilmu hanya tinggal ilmu. Sepatutnya ilmu yang ada diamal supaya menambah iman. Sepatutnya ilmu yang kita ada boleh menjamin kita berbuat ibadat dengan konsisten dan ilmu juga sepatutnya menjadi benteng untuk kita dari berbuat maksiat.

Contoh amalan harian yang sering kita lupa adalah doa masuk toilet.

Dalam sehari berapa kali kita keluar masuk tandas?
Berapa kali kita amalkan baca doa diatas?
Berapa kali kita ingat?
Berapa kali kita lupa?
Kalau sekali dua mungkin kita boleh kata kita lupa.
Tapi kalau dah hidup puluhan tahun tapi tak baca, itu bukan lupa. Itu lalai.

Sebagai penjelasannya, ilmu itu seharusnya membawa kita untuk mengelak dari maksiat. Ilmu itu mesti diamalkan untuk mendapat rahmat Allah. Ilmu dan amal berjalan seiring.
Perkasakan iman, budayakan sunnah.

Kredit buat Ustaz Yunus Kamaruddin
Lewat kuliah dari jendela langit
Surau Al Wardah

posted from Bloggeroid

Friday, May 30, 2014

Maafkanlah...

Mulakanlah kemaafan dari diri kita sendiri. Walaupun kita betul. Mahupun kita yang salah.
Refleksi diri. Dan sentiasa ingat...
Allah sedang menguji kita.
Syaitan sedang menggoda kita.
Kita marah?
Berhenti...
Bernafas dalam2...
Bertenang...
Berdoa...

Dosa adalah sesuatu yang meresahkan jiwa dan cara untuk menenangkannya adalah dgn mendekatkan diri dgn Allah.
Mulakan mencari ketenangan diri sendiri dgn memberi kemaafan kepada orang lain. In shaa Allah, Allah bantu...

Orang yang tidak memaafkan atau sukar memaafkan orang lain sebenarnya adalah orang yang banyak dosa dan mempunyai jiwa yang tidak tenang. Yang sentiasa resah.

Imam Ghazali pernah berkata:
Neraca pemaaf adalah neraca paling tinggi dalam Islam.


posted from Bloggeroid

Tuesday, March 18, 2014

THE RETURN


EVERY ONE OF US WILL FACE THIS MOMENT...the question is...are we ready??? or at least..how ready we are???
Inna lillah hi wainna ilayhi rojiun....

-BobO-
waktu itu makin hampir...makin singkat

BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR...@ SELAWAT KE ATAS NABI

Apa yang aku tau tentang selawat ke atas nabi...

Sedikit sangat yang aku tahu tentang selawat dan kelebihannya. Antara kelebihan selawat adalah:

* memberi ketenangan pada diri
* melapangkan dada
* murah rezeki zahir & batin ( rezeki ilmu)
* menolong melawan nafsu
* pembuka hijab doa untuk diangkat ke langit
* penghapus dosa

Seboleh mungkin hadirkan hati dan ikhlaskan diri ketika berselawat kerana  tika kita berselawat keatas nabi sekali, Allah akan membalas sebanyak 10 kali...subhanallah

Kiraan zikir dengan jari lebih afdal kerana ia akan memberi cahaya di alam barzakh

Jika berselawat di luar solat, jangan pisahkan nabi saw dengan keluarga baginda ( wa ala ali Muhammad)

Orang yang banyak berselawat akan diutamakan di Mahsyar kelak....

-BobO-
Ilmu & Amal..Sikit-sikit harap-harap jadi bukit

Tuesday, February 25, 2014

Doa Pagi (Morning Du'a)



DAILY AFFIRMATIONS
DAILY AFFIRMATIONS

Doa pagi yang menyentuh kalbu...

باسمك اللهم ندعو
في غدو ورواح       
لك منا كل حمد
في مساء وصباح

هب لنا منك رشدا
واهدنا سبل الصلاح
إن تقوى الله نور 
وطريق للفلاح


bismikallah humma nada 'uu
fir ghudu wiwwarowaah..
laka minnaa kullu khamdin..
fi masa iwwa sobaakh..

hablanaa minka rosyadaa..
wahdinaa subula sholaah..
inna taqwallah hii nuurun 
wa thoriiqul lil falaah...


Maksudnya:

Dengan Nama-Mu Ya Allah...
Kami meminta  pada waktu pagi dan petang
Bagi-Mu segala pujian pada waktu petang dan pagi

Kurniakan kepada kami dari sisi-Mu petunjuk
Tunjukkan kami jalan kebaikan
Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah 
Adalah cahaya dan jalan kejayaan.

http://www.youtube.com/watch?v=2ICPD2gMgHI#t=131