GOLONGAN KANAN

Monday, June 23, 2014

APA YANG NABI SUKA

Kenapa kita perlu kasih pada nabi saw?
-kerana kasih pada nabi saw merupakan sebahagian dari iman.

Kasih itu pula perlu dizahirkan dengan perbuatan. Ini bermakna ucapan di lidah dan buktikan dengan mengikuti amalannya iaitu sunnah rasulullah saw. Apa yang nabi buat, kita ikut dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.
Sebagai contoh dalam bab solat. Apa yang nabi suka amalkan antara lain:-

1. Solat yang lebih disukai oleh nabi saw adalah solat yg dibuat secara berterusan walaupun sedikit. Sebagai contoh solat tahajjud. Kebanyakan kita hanya melakukannya tatkala kita ditimpa masalah atau musibah. Waktu itu kita akan berusaha untuk bangun tengah malam untuk solat. Malah sanggup untuk solat hingga 11 rakaat. Sedangkan sepatutnya solat tahajjud itu menjadi amalan harian kita walaupun sekadar 2 rakaat.

Menurut Saidatina Aisyah r.a, nabi saw apabila membuat sesuatu amalan, amalan tersebut dilakukan secara berterusan yakni konsisten.
ISTIQOMAH.
Allah swt tidak akan jemu dengan amalan kita (untuk memberi pahala) sehinggalah kita jemu untuk melakukannya.

2. Nabi saw akan mengerjakan solat sejurus selepas solat mendapatkan baginda. Ini memberi maksud apabila masuk waktu nabi saw akan solat sejurus masuknya waktu solat. Tidak perlu kita memberatkan kepada mesti ada masjid baru boleh solat atau bagi wanita mesti perlu bertelekung baru boleh bersolat sehingga boleh membawa kepada hujung waktu.
MENYEGERAKAN SOLAT.

3. SOLAT SUNAT DI RUMAH.
Solat fardhu berjemaah dimasjid dan perbanyakkan solat sunat di rumah kerana dengan memperbanyakkan solat sunat di rumah Allah akan memberi kebaikan pada rumah kita.

4. SOLAT SUNAT FAJAR.
Nabi saw amat memberatkan solat sunat sebelum solat subuh. Yakni selepas azan dan sebelum iqamat solat subuh. Ianya lebih baik dari dunia dan segala isi buminya.

5. SOLAT SUNAT QABLIYYAH ZOHOR 4 RAKAAT.
Nabi saw suka dan mengekalkan 4 rakaat solat sunat qabliyyah zohor. Kalau biasanya kita solat qabliyyah zohor 2 rakaat, panjangkan kepada 4 rakaat sebagai tanda kita kasih pada nabi saw habibullah.

NABI LEBIH KASIH DAN REDHA KEPADA AKHIRAT BERBANDING DUNIA

Kredit kepada ustaz mohd nizam kadir
Tanyalah ustaz@tv9

posted from Bloggeroid

Saturday, June 21, 2014

Nasyid Kitab Al-Qur'an


KITAB AL-QUR'AN

Kitab Al-Qur'an kitab pemimpin ummah
Yang berkekalan Al-Qur'an ya Al-Qur'an

Kitab Al-Qur'an kitab ya Quddul Ummah
Kitabul abadi Al-Qur'an ya Al-Qur'an

The Holy Al-Qur'an guides our community
Will always remain Al-Qur'an Oh Al-Qur'an

Kalam sujud menyerah pada Ilahi
Pada kebesaran dan keagunganNya
Barakatul Qur'an Hidayatul Furqan
Kitabul hayyi muslimin wa muslimat
Zudi Al-Qur'an Zudi Al-Furqan
The books, the guide(s) of muslimin and muslimat

Ilal amal minal ta'ul Syiar ul Islam
Mujahidi nal Mukhlisin fil amal

Always work hard
Never give up
Al-Qur'an illuminates of our life

Gigih bekerja
Terus berusaha
Al-Qur'an jadi penyuluh hidup kita

Kitab Al-Qur'an kitab pemimpin ummah
Yang berkekalan Al-Qur'an ya Al-Qur'an

Kitab Al-Qur'an kitab ya Quddul Ummah
Kitabul abadi Al-Qur'an ya Al-Qur'an

The Holy Al-Qur'an guides our community
Will always remain Al-Qur'an Oh Al-Qur'an
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Alhamdulillah.
Berakhir sudah majlis musabaqah Al-Qur'an peringkat antara bangsa 1435H/2014M.

Moga aku terus istiqomah bertemankan kalam Allah ini.
Amiin ya Rabb...

Tuesday, June 10, 2014

Ilmu, amal dan iman.

Ilmu yang banyak kita pelajari sepanjang hidup ini belum boleh memberi jaminan kepada kita yang kita akan beramal dengannya. Ilmu yang ada juga belum boleh menjadi senjata yang kita tidak akan berbuat maksiat dengannya. Bunyinya memang pelik. Tapi pelik ini benar.

Apa yang membezakan kita adalah amal. Walau selaut ilmu yang kita ada tapi tanpa sebarang amal, ilmu hanya tinggal ilmu. Sepatutnya ilmu yang ada diamal supaya menambah iman. Sepatutnya ilmu yang kita ada boleh menjamin kita berbuat ibadat dengan konsisten dan ilmu juga sepatutnya menjadi benteng untuk kita dari berbuat maksiat.

Contoh amalan harian yang sering kita lupa adalah doa masuk toilet.

Dalam sehari berapa kali kita keluar masuk tandas?
Berapa kali kita amalkan baca doa diatas?
Berapa kali kita ingat?
Berapa kali kita lupa?
Kalau sekali dua mungkin kita boleh kata kita lupa.
Tapi kalau dah hidup puluhan tahun tapi tak baca, itu bukan lupa. Itu lalai.

Sebagai penjelasannya, ilmu itu seharusnya membawa kita untuk mengelak dari maksiat. Ilmu itu mesti diamalkan untuk mendapat rahmat Allah. Ilmu dan amal berjalan seiring.
Perkasakan iman, budayakan sunnah.

Kredit buat Ustaz Yunus Kamaruddin
Lewat kuliah dari jendela langit
Surau Al Wardah

posted from Bloggeroid