GOLONGAN KANAN

Thursday, January 31, 2013

TERAPI JIWA 1.2013

Kalau kita nak pergi menunaikan solat di masjid atau surau, dinasihatkan kita ambil wudhu' di rumah..kenapa? Seandainya kita ditakdirkan meninggal di dlm perjalanan...subhanallah! Pahala jihad di jalan Allah menjadi milik kita... Pada isteri...salah bagi kita mengutamakan solat sunat berbanding dgn menyediakan keperluan suami. Solat dhuha...amalkan walaupun terpaksa. Jgn sempitkan solat dhuha hanya untuk mendptkan kemurahan rezeki tetapi luaskan persepsi kita dgn haqqul yakin bahawa Allah mendengar apa jua permintaan kita samaada yg nyata mahupun yang tersembunyi...subhanallah!

Sunday, January 20, 2013

KENAPA PERLU SOLAT SUNAT?

Solat adalah pembentuk agama dan akhlaq manusia dlm kehidupan. Syaratnya istiqamahlah...istiqamah akan dtg dlm hidup kita jika kita mulakan dan belajar mengenali dari ulama dan berlapang dada. Beristiqamah dlm solat sunat kerana ia sgt penting dlm pembentukan siasah diri kita. Mulakan dari yg kecil dan senang. Cth: Subuh bangun awal sedikit dan sebelum solat subuh, solat sunat witir 3 rakaat. Jadikan amalan dan in shaa Allah kita akan merasa nikmat kemanisan solat dan sesungguhnya itulah tanda kita mendapat kasih sayang Allah...wallahu'alam.. Ustaz muhammad lukman ibrahim. -tanyalah Ustaz@TV9-

DOSA BOLEH TERHAPUS DGN TAUBAT DAN PAHALA AKAN HILANG DGN HASAD...na'uzubillah...

TIDAK AKAN RUGI BAGI ORG YG BERISTIKHARAH DAN BERMESYUARAH...

Friday, January 18, 2013

KELEBIHAN SOLAT SUNAT SUBUH

Fadilat solat sunat sebyk 2 rakaat yg kita lakukan sebelum solat subuh lebih baik dari seluruh alam dan isinya.... Subhanallah! -dr muhammad lukman ibrahim- Tanyalah ustaz@tv9

Thursday, January 17, 2013

YANG HARUS KITA TAU...

Ku petik entry ini dari kutipan hikmah yang sememangnya di suruh untuk di kongsi bersama khalayak ramai.
- Yang Singkat Itu "WAKTU".
- Yang Menipu Itu "DUNIA".
- Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
- Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
- Yang Berat Itu "AMANAH" 
- Yang Sulit Itu "IKHLAS".
- Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
- Yang Susah Itu "SABAR".
- Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
- Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".
- Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
- Yang Berharga Itu "IMAN".
- Yang Menenteramkan Hati Itu ''BERDZIKIR".
- Yang Ditunggu Allah SWT Itu "TAUBAT"
Dan ini aku tanyakan pada diriku sendiri...berapa banyak 'YANG' yang aku jaga lewat usia senja ini?
mohon keampunanMu Ya Allah....

ARE WE LISTENING?

Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan diberikan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati...

SIAPA KITA?

Adakah kita:- 1. Org yg memberi solusi?. 2. Org yg bercakap perkara biasa-biasa. 3. Org yg sentiasa mengeluh dalam hidup. 4. Org yg bercakap besar & angkuh sombong. Dan ketahuilah siapapun kita, bila kita berasa angkuh..itulah seburuk-buruk akhlaq.. Na'uzubillah... -prof muhaya-

KEPERCAYAAN YANG DIRENGGUT

Seorang isteri telah menyerahkan segalanya kepada seorang yg bernama suami tetapi suami telah mengkhianatinya dengan bermain kayu tiga... Bagaimana isteri harus mengawal sedihnya... 1. La tahzan...jgn disebabkan amarah kita, kita berbuat berdosa... 2. Sebut Alhamdulillah...dgn sebutannya kita mjadi tenang. 3. Ingat akan syurga Allah utk kita. 4. Akhirnya...redhalah dgn ujian Allah... Yang berdosanya suami, bukan kita. Kita teruskan hidup dgn bangkit menuju jalan Allah. Suami...biarlah siLuncai terjun dgn labunya... Ustaz Muhammad Hanafiah -tanyalah ustaz@tv9-

SEDIH...

Jika kita berbuat dosa dan kemudiannya berasa sedih, itu tandanya kita masih mendpt rahmat Allah...bersedihlah sekiranya kita telah membuat dosa kerana seseorang yg telah berbuat dosa tetapi tidak berasa apa2...sesungguhnya hatinya telah hitam dan keras... Astaghfirullahal'azeem...

3 PERKARA PALING MAHAL DALAM HIDUP

3 perkara paling mahal dlm hidup kita:- 1. Kepercayaan. 2. Masa yg telah berlalu. 3. Mimpi yg indah.