GOLONGAN KANAN

Tuesday, April 27, 2010

"The FOUR blessed looks:

1. Look back and thank God.
2. Look forward and trust God.
3. Look around and serve God.
4. Look within and find God!

I asked God, 'How do I get the best out of life?'
God said, 'Face your past without regrets, handle your present with confidence, and prepare for the future without fear!'

Without God, our week is: 'Mournday, Tearsday, Wasteday, Thirstday, Fightday, Shatterday and Sinday.
So, allow Him to be with you every day!'

Life is short, so forgive quickly. Believe slowly. Love truly. Laugh uncontrollably. Never regret anything that makes you happy.

Time is like a river. You cannot touch the same water twice, because the flow that has passed will never pass again.

Enjoy every moment of life. Have a blessed day today!!!."

SEJARAH AYAT KURSI

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segeramemerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluarmasuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akanmemudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w.. bersabda bermaksud:
'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allahhilangkan segala kefakiran di depan matanya.'

Sabda baginda lagi;
'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.'
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyangFardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'

Thursday, April 22, 2010

AL-MAWA'IZD AL-BADI'AH

Berkata Allah Subhanahu wa Ta'ala: Tercengang AKU bagi

Barangsiapa yang yakin ia akan MATI, maka betapa SUKA ia
Barangsiapa yang yakin ia akan HISAB pada hari kiamat, maka betapa menghimpun ia akan HARTA
Barangsiapa yang yakin ia akan KUBUR, maka betapa TERTAWA-TAWA ia
Barangsiapa yang yakin ia akan AKHIRAT, maka betapa BERSENANG-SENANG di dunia
Barangsiapa yang yakin akan FANA' dunia, betapa ia mengambil KETETAPAN ia di dunia
Barangsiapa yang 'ALIM ia dengan lidahnya, JAHIL dengan hatinya
Bagi yang bimbang akan keaiban MANUSIA, padahal lupa akan aib DIRInya
Bagi yang bersuci dengan air pada ZAHIR, padahal tiada suci akan HATInya
Bagi yang mengetahui Allah Ta'ala itu amat MELIHAT ia kepadanya, maka betapa ia DERHAKA akan Nya

Dan tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya dirinya itu akan mati, seorang dirinya dan masuk kubur ia padahal seorang diri, maka betapa berjinak-jinak ia dengan segala manusia, tiada Tuhan melainkan Allah padahal sebenarnya bermula Muhammad itu hambaKu dan RasulKu.

Petikan dari: Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah-Pengajaran Pertama

Wednesday, April 21, 2010

GERBANG KE SYURGA

Aku ingin ke gerbang syurga...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Bawalah aku ke gerbang syurgaMu
Jadikanlah aku
Muslimah yang mendirikan Solat, taat berpuasa dan khusyuk mengerjakannya
Muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu untuk menjaga maruah dan prinsip agama
Muslimah yang sentiasa belajar dengan penuh kesedaran dan bersih fikiran
Muslimah yang sentiasa menepati janji, dipercayai dan amanah
Muslimah yang sentiasa sabar dan memohon keampunanMu
Muslimah yang sentiasa berzikir, bersyukur dan bermunajat
Muslimah yang menjadikan Asiyah, Maryam dan Khadijah sebagai ikutan
Muslimah yang sentiasa menjaga nilai, memelihara diri serta iffah
Amin Ya Rabbal 'Alamin....

Doa Seorang Isteri...

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya…