Friday, November 30, 2012
ANEKDOT 30.11.12
Jumaat 11:00am.
Sungguh.
Kasih sayang adalah ubat paling mujarab dan paling mustajab. Tanpa kasih sayang hati kita jadi keras, jadi hitam dan jadi beku dan kaku. Dgn kasih sayang kita jadi seorang yg sabar dan redha.
Alhamdulillah pagi ini aku bersama mak, ateh, mak teh, jasmin dan si kenit TinTin pergi menziarah kakak sulung aku & ateh...kak Normah. Hampir 20 thn kami tidak bersua muka.
Dan syukur pd Allah kerana telah melembutkan hati suaminya untuk menerima kedatangan kami walau tanpa diundang. Biarlah cerita lampau menjadi lorekan tinta dlm lipatan sejarah...jgn diungkit salah siapa tetapi lihat rahmat Allah yg melimpah apabila silaturrahmi di sambung kembali...
Ya Allah. Sesungguhnya Allah semulia saksi pada setiap kejadian. Lindungi dan rahmati kami ya Allah....ampuni kami Ya Rabb...
-bOBo-
Wednesday, November 28, 2012
KESILAPAN KITA PD ANAK-ANAK
Kesilapan ibubapa kpd anak:-
1. Pilih kasih.
2. Suka memaki hamun anak.
3. Tak jaga halal dan haram mkn minum anak.
4. Tak mengurus masa cuti anak.
5. Tak mkn mlm bersama anak2.
6. Bertengkar suami isteri dpn anak.
7. Tak monitor pergaulan anak dgn rakan2nya.
8. Lambat azankan anak waktu kelahirannya. Sebaik2nya dgn darah kelahirannya.
9. Tak menitikberatkan aqiqah anak masa kelahirannya.
10.Marah anak dpn org lain.
Biar kita yg kenalkan anak2 dgn dunia luar dan bgtau baik dan buruknya
Selalu pesan pd anak2 jgn ulang kesilapan yg pernah kita lakukan pada usia beliau.
Selalu pesan pada anak utk meneruskan perjuangan sebagai umat nabi muhammad s.a.w dan kukuhkan jati diri utk menjalani visi hidup sebagai hamba Allah dan misi hidp adalah utk mati bertemu Allah di Jannah.
More connection to less correction.
-Banyakkan perhubungan kita dgn anak supaya komunikasi yg baik.
Selalu pujuk hati kita supaya sentiasa memaafkan anak. Jangan sesekali mengeluarkan kata2 "engkau bukan anak aku" atau menyesal melagirkan anak.
Sebelum marah anak, puji dulu perlakuannya.
Jangan sesekali tidak redha kpd anak kerana itu akan membuatkan hidup anak kita tidak diberkati Allah.
Hukuman terbaik utk anak yg bersalah:-
1. Suruh anak solat taubat.
2. Suruh anak berpuasa.
3. Tarik kemudahan yg tlh kita berikan pdnya.
4. Suruh anak buat kebaikan utk contra satu kesilapannya.
Jangan berleter panjang!
Jangan ungkit kesilapan lampau anak semasa kita berleter.
-ustaz hanafiah malek TANYALAH USTAZ@TV9-
Saturday, November 24, 2012
KHURAFAT 2
Kita dikurniakan akal oleh Allah dan biarlah akal itu memandu kita kearah jalan yg diredhai oleh Allah. Berhati2 dgn lintasan hati dan i'tikad kita terhadap sesuatu selain Allah kerana setiap benda yg berjisim adalah makhluk Allah...dikhuatiri lintasan di hati kecil kita akan mengaburi akal kearah perangkap khurafat...na'uzubillah.
-TANYALAH USTAZ @ TV9-
RULES FOR AFFIRMATIONS
Affirmations are designed to help us sustaining a daily positive thoughts about ourself and our expectations for our future. They only work if we say them. The 3 rules of affirmations are:-
1. State affirmations in the present tense.
2. State affirmations in the positive.
3. Be specific.
-Chellie Campbell. Author of 365 stories to make you rich-
Friday, November 23, 2012
TAHAJJUD
Antara 7 golongan yg akan mendpt naungan Allah diakhirat kelak adalah org yg mengingati Allah di kala sunyi sepi iaitu hamba Allah yg berkhalwat dgn Allah diwaktu sunyi.
Apa yg dimaksudkan berkhalwat dgn Allah waktu sunyi?
Mereka adalah golongan yg bangun malam tatkala org lain sedang nyenyak diulit mimpi.Bangunnya hamba Allah tersebut adalah utk bermunajat kepada Allah dgn mengerjakan solat tahajjud,solat taubat dan solat hajat.
Sesungguhnya amat besar ganjaran yg Allah kurniakan kepada hambaNya yang bangun bertahajjud kerana pada dasarnya apabila seseorang itu berniat utk bangun tahajjud, beliau terpaksa berdepan dgn beberapa ikatan syaitan sewaktu tidurnya...bukankah utk merungkaikan ikatan2 syaitan itu merupakan satu jihad? Nah...sekarang mari kita audit diri...kuatkah kita utk melawan tipu daya syaitan dalam merungkai ikatan syaitan laknatullah itu? Berjayakah kita menewaskan syaitan utk bangun TAHAJJUD atau kita sekadar bangun TERKEJUT???
Wana'uzubillah...
KHURAFAT
Tiada istilah perubatan jarak jauh dlm perubatan islam. Maksudnya disini kalau kita berjumpa
dgn pengamal perubatan tanpa pesakit dan dijanjikan akan dirawat pd mlmnya atau sebagainya, itu tandanya pengamal perubatan itu menggunakan perantaraan jin. Jangan terperangkap dgn budaya khurafat.
Sesuatu yg dipakai sebagai tangkal walaupun sekadar tali atau sehelai benang juga adalah khurafat. Audit diri..pernahkah kita amalkan walau tanpa kita sedar? Astaghfirullah...semasa anakku kecil dan sering menangis @ sawan tangis.
Thursday, November 22, 2012
ANEKDOT 22.11.12
Alhamdulillah...
Setelah sekian lama merancang akhirnya hari ini kami telah berjaya memulakan terapi sihat kami...morning walking, aku dan anak dara comelku, jasmin. Kami bermula seawal 7:45 am setelah percubaan petang semalam tidak kesampaian sebab hujan lebat.
Teruja dan gembira melihat jasmin bersemangat memulakan langkah pertama utk mengecilkan badannya...tapi yang tak tahannya masa diner tadi dgn muka sedihnya...ummi, boleh tak adik tambah nasi lagi???? Alahai anak omak....
Monday, November 19, 2012
DLM HATI SETIAP SUAMI ADA QURRATU 'AIN...
Mari kita cari qurratu'ain suami utk meneruskan mahabah dlm rumahtangga kita.
Apa itu qurratu'ain?
Ia adalah citarasa yg baik dimata suami kita.
3 golden rules:-
1. Jaga mkn minum.
2. Jaga maruah suami.
3. Jaga nafkah suami.
Tidak gugur tanggungjawab kita sebagai isteri walaupun suami tidak menunaikan tanggungjawabnya terhadap isterinya.
Amalkan asma husna YA BASSIT 100X sehari.
-ustaz muhammad-
MATI ITU SAKIT.
Sirah Nabi Idris yang memohon Allah mencabut nyawa baginda. Setelah mengalami saat kematian itu, malaikat Jibril bertanya kepada baginda bagaimanakah rasanya saat kematian itu. Jawap baginda...kematian itu amat menyakitkan seumpana kulit yang disiat hidup-hidup. Sedangkan malaikat Izrail mencabut nyawa baginda dgn begitu halus dan lemah lembut.
Audit diri...bagaimana aku kelak?
Sunday, November 18, 2012
ANEKDOT 18.11.12
Perjalanan dari Ipoh ke KL seakan terlalu panjang dan memenatkan. Heavy traffic, ramai yang balik KL hari ni selepas cuti panjang bagi mereka yg bercuti Deepavali dan Maal Hijrah selama seminggu ini. Hujan lebat dalam perjalanan bersulam dgn panas mentari datang dan pergi. Alhamdulillah, nikmat Allah. Aku cuba melelapkan mata tetapi tak boleh kerana perasaan gayat menguasai diri ini. Tambah lagi dgn corak pemanduan pilotku yang sekejap brek mengejut, sekejap mengelak kereta yang no civic minded...pelik tetapi benar, kereta besar dan gah...tetapi dok bekejar ikut lorong kecemasan...sesekali mulut ni celupar juga mengata tapi kena protes dgn pilot kt sebelah...bebelan tak memberikan apa2 manafaat,kan?...nanti orang lain tak apa2, kita pulak yg tak pasal2 stress!
Singgah di Restoran Jejantas Sg Buloh. Ikut pilihan anak2...Burger King. Selesai solat Maghrib, baru bertolak balik rumah...
Moga Allah permudahkan segalanya...amiin.
Saturday, November 17, 2012
ANEKDOT 17.11.12
4.00pm.
On the way to Cameron Highland. Berkonvoi dgn Han & family. Harap2 mak tak muntah macam dulu...mungkin tak sebab hari ni mak naik Sorento Pak Ngah...dulu naik Wira je. Lagipun hari ni kami naik via Simpang Pulai bukan Tapah. Jalan agak okey tapi cabaran hujan yg turun mencurah-curah. Be positive. Hujan rahmat dari Allah.
7.30pm.
Traffic jammed yg tidak disangka2 ke Brinchang. Ingatkan hanya KL saja yang jammed gini...kesian Jasmin lapar. Agak sukar juga nak mencari surau atau masjid utk solat maghrib. At last berjaya melepasi traffic jammed yang hanya disebabkan oleh pasar malam ditengah2 pekan Brinchang...hmmm. Ramainya orang...agaknya disinilah warga Cameron Highland bershopping kot..itu kata anak gadisku Jasmin. Dalam pada itu...terkeluar juga tagline dia...ummi, adik lapar...
Friday, November 16, 2012
ANEKDOT 16.11.12
6:37pm.
Dalam perjalanan ke Seri Iskandar, Perak dan insya Allah akan tidur bermalam di Ipoh malam ini. Singgah sebentar di Restoran Jejantas Sg Buloh untuk memenuhi hajat emak yang nak makan sate Hj Samuri.Padahal perut masih kenyang lagi selepas makan nasi lepas solat jumaat tengahari td...tak apa la, memenuhi hajat orang tua kita kan salah satu cara untuk mendapat pahala...amin.
Semoga Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan kami.
KAYA
Sekejapan tadi ada org kata nak jadi kaya. Kaya...benar dan tipu kalau kita kata kita nak jadi kaya. Benar disini, memamg benar semua orang nak jadi kaya dan bohong pula jika ada orang kata dia tak nak jadi kaya. Tapi apa yg aku nak katakan di sini, kaya yang mana satu yang kita nak? Kaya di dunia atau kaya di akhirat? Sekali lagi jawapan klise yang akan didengari...aku nak kaya di dunia dan akhirat. Betul ke? Boleh ke?
Di dunia kita nak kaya mcm Syed Mokhtar AlBukhary, walaupun tidak sekaya Warren Buffet. Di akhirat kita nak kaya macam Saidatina Khadijah yang sanggup mengorbankan keseluruhan hartanya ke jalan Allah.
Kita di tahap mana? Jgnkan orang lain...aku sendiri pun tak tahu di mana level kekayaan aku yang sebenar. Tapi yang pasti, aku tidak sekaya mana di dunia dan jangan di tanya apa hartaku di akhirat kelak sebab...sungguh! AKU TAK PUNYA APA!!!!!
Thursday, November 15, 2012
TERAPI PAGI INI
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Wala ila ha illallah...
Allahu akbar!
Wala haulawala quwwatailla billah...
MAAL HIJRAH 1434H
Alhamdulillah hari ini sekali lagi Allah memberi peluang kepada diri ini untuk meniti hari baru di tahun baru hijrah. 1434Hijrah. Apa erti hijrah pada hamba Allah yang kerdil ini? Yang penuh kedaifan dan kekurangan serba-serbi apatah lagi ilmu akhirat. Ya Allah...hambaMu bertaubat Ya Allah.
Terlalu banyak amalan yang ingin aku perbaiki. Dari yang sekecil-kecilnya...sampai aku sendiri keliru dari mana harus aku mulai...astaghfirullah hal'azim...
Teringat kata Prof Muhaya. Formula 3M untuk berubah.
1.Mulakan dari yg kecil.
2.Mulakan dari diri sendiri.
3.Mulakan sekarang.
Aku bertekad utk bermula dari yg nampak kecil tapi sebenarnya amat besar kerana ia tiang agama...ya, SOLAT.
Aku bertekad utk memperbaiki kualiti solatku...solat awal waktu.
Moga dipermudahkan.
Rabbi yassir, walatu'assir...
Monday, November 12, 2012
Sunday, November 11, 2012
Saturday, November 10, 2012
MAAF, IKHLAS ATAU TERPAKSA?
Memberi kemaafan jangan hanya dilidah tetapi mesti dihati. Beri kemaafan dgn zikrullah dgn hati bukan dgn lidah...subhanallah maha suci Allah yakni hanya Allah pemilik zat yg suci dan manusia tidak pernah sepi dari dosa. Maka sudah tentu kita bukan makhluk yg suci...dan siapalah kita untuk tidak memaafkan org lain...
Selepas solat tiap waktu mohon doa pd Allah supaya diampunkan dosa kita pada org lain dan diampunkan dosa org lain pd kita.
Jgn kita bertindak atas kemarahan kita. Mungkin dgn kita menahan kemarahan itu Allah ingin memberi keampunan keatas dosa kita, husnuzon...
Jadikan M itu M yang mujarab, iaitu MAAF yang kita minta dr org lain dan MAAF yg kita beri kpd org lain se
bagai vitamin ketenangan dlm hidup kita.
Ingat, tiada musibah yg Allah turunkan pd kita melainkan sebagai wasilah
Allah ingin memberi kemaafan terhadap dosa2 kita.
Berhijrahlah kpd golongan yg baik utk mendpt rahmat Allah.
Thursday, November 8, 2012
PESANAN IMAM SYAFIE
Antara pesanan imam Syafie:-
1. Menghindari maksiat kerana maksiat akan menjadi hijab ilmu.
2. Meninggalkan kerja atau aktiviti sia-sia.
3. Melakukan ibadat sunat secara sembunyi dan ketika bersendirian.
4. Menghabiskn masa dgn amalan ilmu.
6. Selalu ingat mati kerana dgn mengingati mati membuatkan kita mengingati Allah dan jauh dari maksiat...
Imam Syafie meninggal dunia pd usia 54 tahun akibat dipukul oleh sekumpulan org yg dikatakan pengikut fanatik imam Hanafi ketika dlm perjalanan pulang dari menyampaikan ilmu agama di masjid.Tetapi ada pandangan yg mengatakan itu adalah propaganda pihak yahudi yg takut kpd pengaruh imam Syafie yg sedang berusaha utk menyatukan mazhab Hanafi dan Malik ketika itu...wallahu'alam.
Syair Imam Syafie...
Ilahilas tulilfirdausi'aala..walaa aqwa ilannarii jahiimi...
Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu...
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu...
Ampunkan dosaku terimalah taubatku...
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..
-TANYALAH USTAZ@TV9-
Wednesday, November 7, 2012
IMAM SYAFIE & ALAM NASHRAH
Amalkan bacaan Alam Nashrah setiap pagi utk mendptkan dada yang lapang.
Baca, hembus ditgn dan sapu dimuka utk mendptkan Nur Allah.
Al ladzii anqodha zohra'.
Warafa'naa lakazikra'...baca, hembus ditgn dan tepuk dipinggang utk melegakan dan mengubati slipped disc. Subhanallah.
Janji Allah, setiap kesusahan ada kemudahan...subhanallah.
Tuesday, November 6, 2012
Monday, November 5, 2012
MOTIVASI DARI KISAH NABI NUH A.S
Jangan berputus asa dlm mengajak dan menyeru anak2 patuh pada perintah Allah.
Berapa ribu kali kita menyuruh dan mengingatkan anak2 utk solat?
Pelbagaikan cara utk berdakwah.
Teruskan mentarbiah anak2 kita tanpa jemu.
Apalah sangat usaha kita yg beberapa tahun ini, jika dibandingkan dgn usaha nabi Nuh beribu tahun menyeru anak2 dan kaumnya bertaqwa kpd Allah.
Bergantunglah pd kekuasaan Allah utk memberi kebaikan mahupun kemudharatan kpd kita...
Wallahua'lam...
Thursday, November 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)