Friday, November 23, 2012
TAHAJJUD
Antara 7 golongan yg akan mendpt naungan Allah diakhirat kelak adalah org yg mengingati Allah di kala sunyi sepi iaitu hamba Allah yg berkhalwat dgn Allah diwaktu sunyi.
Apa yg dimaksudkan berkhalwat dgn Allah waktu sunyi?
Mereka adalah golongan yg bangun malam tatkala org lain sedang nyenyak diulit mimpi.Bangunnya hamba Allah tersebut adalah utk bermunajat kepada Allah dgn mengerjakan solat tahajjud,solat taubat dan solat hajat.
Sesungguhnya amat besar ganjaran yg Allah kurniakan kepada hambaNya yang bangun bertahajjud kerana pada dasarnya apabila seseorang itu berniat utk bangun tahajjud, beliau terpaksa berdepan dgn beberapa ikatan syaitan sewaktu tidurnya...bukankah utk merungkaikan ikatan2 syaitan itu merupakan satu jihad? Nah...sekarang mari kita audit diri...kuatkah kita utk melawan tipu daya syaitan dalam merungkai ikatan syaitan laknatullah itu? Berjayakah kita menewaskan syaitan utk bangun TAHAJJUD atau kita sekadar bangun TERKEJUT???
Wana'uzubillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment