Wednesday, October 31, 2012
3 PRINCIPLES OF LIFE
3 principles of life are:-
1. HAVE
2. GIVE
3. GET
We must HAVE in order to GIVE...and we must give in order to GET back in return.
Have a good feeling is an important element in our daily life.
Once we feel good, we act good to others and insya allah...others will be good to us too...
I FEEL GOOD...TENENE NENENET....
-bOBo-
Tuesday, October 30, 2012
IMAN
Sesungguhnya iman itu tidak boleh diwarisi...
Ambil iktibar kisah nabi Nuh A.S...
Apa usaha kita utk menyelamatkan anak2 kita?
Adakah cukup usaha kita utk menanamkan tauhid dlm hati mereka?
Adakah kita memegang amanah Allah dengan jitu utk menerajui bahtera tauhid anak2 kita?
Allah abadikan kisah nabi nuh utk kita ambil iktibar...
Belajar erti kasih sayang yang sebenar dan masuklah ke
dlm bahtera tauhid ALLAH dengan penuh keimanan...
Rabbi yassir...
HIDAYAH ALLAH
Hidayah ilham fitri berbentuk ilham semulajadi yg Allah kurniakan kepada semua makhluk.
Hidayah tul hawas adalah pancaindera yg Allah kurniakn bukan dlm bentuk akal tetapi kelebihan tabiat yg digunakan oleh makhluk tersebut utk meneruskan survivorshipnya di dunia ini.Cth: kucing menghidu sebelum makan makanannya.
Hidayah tul 'aqli adalah hidayah akal yg Allah kurniakan hanya kpd manusia
utk membezakan antara yg baik dan buruk. Inilah yg membezakan kita dgn makhluk lain...dan benarlah firman Allah bahawa kitalah semulia-mulia makhluk ciptaanNya dan satu perkara yg membezakan antara kita adalah amal soleh kita dan usaha yang kita lakukan utk mendekatkan diri kita kpd Allah...wallahua'lam
-tanyalah ustaz @ TV9-
Wednesday, October 24, 2012
ZIKRULLAH
Perbanyakkan dan basahkanlah lidah kita dengan zikir kerana zikir itu umpama bahan binaan untuk kita membina istana di syurga kelak.
Rugi seandainya kita tidak mengambil peluang yang Allah kurniakan pada kita. Jom audit diri...lidah kita basah dek zikrullah atau sebutan yang lagha...
Laaila hailla anta...
Subhanakainni...
Kuntumminazzholimeen...
Tubna ilallah...
-bOBo-
HIDUP ADALAH SANGKAAN KITA...
Kita akan dapat apa yang kita sangkakan dan jangkakan...
Bukan apa yang kita mahu...
Bangun pagi, lihat apa emosi kita...
Kalau tak tenang, itu menandakan kita byk dosa..bykkn ibadat malam.
Yakin bulat pd Allah..HAQQUL YAQIN.
Bebaskn diri dr bergantung pd kasih sayang manusia...
Cari kasih sayang Allah.
Kesalahan nyata seorg isteri ialah terlalu mengharapkan kasih sayang suami.
Betulkan niat...sayang dan cinta pada suami kerana Allah.
Betulkan hubungan dgn Allah.
Lihat apa yg kita ada, ikatkan dgn kesyukuran.
Selalu kaitkan hukum QISAS dlm hidup..cth: kalau kita kehilangan 1 mata, gantinya bersamaan 50 ekor kibash..maksudnya disini, betapa kayanya kita dgn anugerah Allah yg kita ada..jgn cari apa yg kita tiada..
Rezeki Allah ni byk...tidak perlu takut tak cukup.
Org yg nak tenang kena gerakkan emosi rohani.
7 emosi negative:-
Takut-takut hanya utk allah
Dengki.
Dendam-orang yg berdendam takkan tenang.
Suka marah org-orang yg selalu marah itu ego.
Tamak.
Tahyul.
Sentiasa nak lebih dr org.
Setiap dosa yg kita buat akan mengurangkn pointer kita diakhirat nanti.
Sentiasa soal diri kita, kita buat utk siapa? Utk org atau utk Allah.
Hidup biarlah dari dunia dalaman ke dunia luaran. Inside out.
Cari ilmu jgn cari berita.
Utk akhirat lihat org yg diatas.
Utk dunia lihat org yg dibawah.
Org yg berjaya dunia dan akhirat adalah org yg berbakti pd ibubapa.
Kalau nak berkat, jangan buat maksiat sebaliknya cari redha Allah.
Bila jumpa org, pasang niat utk memberi cahaya pd mrreka.
Sentiasa hargai org lain...terima manusia seadanya.
Bebaskan diri dari pergantungan kpd org.
Bila org buat jahat dgn kita, kita balas dgn kebaikan.
Bila org cemuh kita, kita balas dgn subhanallah dan alhmdllh, kita cari kebaikan
Celikkan mata hati, jdkan diri kita air..sentiasa tenang.
Cari ketenangan dgn mknan rohani/makrifatullah, makanan emosidan
makanan fizikal. Jaga halal dan haram makanan kita.
Buang pergantungan dgn manusia dan sentiasa mencari husnul khotimah.
Buku kita tgn kanan atau kiri?
Jaga hubungan dgn allah dgn menjaga ibadat khusus dan ibadat umum.
Jaga hubungan dgn manusia dgn menjaga akhlak kita..
Islam adalah cara hidup, kita hamba Allah dan kita adalah khalifah pd manusia..pimpin keluarga kejln Allah.
Jaga aurat diri dan anak perempuan.
Sentiasa pasang niat utk TENANG DAN MENENANGKAN...
LABBAIKALLAH...
Org mengerjakan haji kerana 2 tujuan:-
1. Untuk membuang dan membersihkan dosa.
2. Untuk mendapatkan haji mabrur.
Pergi menunaikan haji mesti bertujuan utk berubah slps itu dan jgn sesekali memasang
niat utk tidak berubah kerana seandainya tiada perubahan selepas mengerjakan ibadah haji, dikuatiri itulah tanda-tandanya bahawa kita tidak mendapat haji mabrur...wallahua'lam...
Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz.
-TANYALAH USTAZ @ TV9-
LABBAIKALLAH...kami datang padaMu Ya Allah/kami sambut seruanMu Ya Allah.
Ya Allah, kau jemputlah aku ketanah suciMu ya Allah...jadikanlah aku antara hambaMu yang terpilih utk menjadi tetamuMu ya Allah...
Aku rindu pdMu ya Allah...
Aku rindu pd kekasihMu ya Allah...
Aku rindu pd Ibrahim ya Allah...
Aku rindu akan seruan Ibrahim ya Allah...
Seruan itu telah lama berada didlm hatiku.
Seruan itu telah lama berbaur dlm hatiku.
Betulkanlah niatku kesana.
Luruskanlah hatiku.
Sesungguhnya aku hambaMu yg hina dina ya Allah...
Inginku sambut lambaianMu tapi aku terikat dengan aturan dunia.
Permudahkanlah urusanku...
LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK..
Aku datang pdMu Ya Allah...
Aku sambut lambaianMu ya Allah...
Tuesday, October 23, 2012
HUSNUL KHOTIMAH
Seandainya kita mati pukul 5.00 petang, waktu paling penting bagi kita ialah 4:59ptg,
4:58 ptg dan 4:47 ptg... Apa amalan kita waktu itu? Adakah su'ul khotimah atau husnul
khotimah seperti yang kita dambakan?
Jom audit diri kita sekarang, apa rancangan TV kita pilih, apa laman web yang kita
browse, apa buku yang kita baca, apa butiran kata yang keluar dari mulut kita dan apa
lintasan hati kita...
Tubna ilallah...
-bOBo-
BUILDING SELF CONFIDENCE
Dress sharp, walk faster, good posture...
Read a lot, never stop learning.
Focus towards your goal.
Fake it till you make it!
Get the role model and copy what they are doing...
And the most important thing...WRITE DOWN YOUR GOAL!
-IRFAN KHAIRI@HOT-
Monday, October 22, 2012
PERCAYA VS PERDAYA
Kita akan mudah terpedaya jika kita terlalu mempercayai tetapi kita akan menjalani hidup yang lebih menyeksakan sekiranya kita hidup dalam situasi tidak mempercayai...
-CRIMINAL MINDS YEAR 7-
LABBAIKALLAH...
Syarat mampu dlm ibadat haji adalah mampu atas individu dan bukan institusi. Contohnya seorang anak yang mampu mengerjakan haji harus melepaskan tanggungjawab atas dirinya sendiri dan sekiranya ada lebihan atas rezekinya barulah boleh menunaikan tanggungjawabnya untuk membantu pembiayaan orangtuanya...
Kewajipan atas dirinya akan dipersoalkan dahulu dihadapan Allah kelak...
-tanyalah ustaz tv9-
LABBAIKALLAH...
Setiap belanja yg dikeluarkan untuk mengerjakan haji akan digandakan oleh Allah
dengan 700 kali ganda pahala...wallahua'lam.
-tanyalah ustaz tv9-
Sunday, October 21, 2012
PROJEK PERUMAHAN KITA
Kehidupan ini adalah seumpama sebuah project perumahan.
Siapa owner of the project? ALLAH.
Siapa engineer of the project? RASULALLAH S.A.W.
Apa plan for construction? AL-QUR'AN.
Apa SnP of the project? DUA KALIMAH SYAHADAH.
Dan KITA tak lain dan tak bukan hanyalah construction
worker yang mengikut arahan...kita nak jadi pekerja terbaik
atau pekerja ala-ala atau pekerja yang tidak langsung memegang
amanah? Still..it is yr choice!
PERMATA BUAT SUAMIKU
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini
Untuk kau isi sebagai suami
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang lelaki
Untuk kau berilti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Aku ingin menjadi wanita mulia yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau suami
Ku ingin kau mengerti bahwa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan yang kita janjikan
Kerana kau suamiku
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorg lelaki
Untuk kau berilti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
-kOpRaTaSA-
Friday, October 19, 2012
MUHASABAH DIRI...
Setiap lintasan hati yang baik adalah ilham dari Allah
untuk memudahkan sirat di hari akhirat kelak...
Setiap gerak aktiviti kita, tanyalah...ALLAH REDHA TAK KALAU AKU BUAT NI?
Thursday, October 18, 2012
SEDEKAH 2
Sedekah kpd fakir miskin akan diganjarkan satu pahala,
Sedekah pada saudara yang miskin akan diganjarkan dua pahala;
Satu pahala sedekah,
Dan satu lagi pahala mengeratkan ukhwah silaturrahim,
Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah sesuatu yg kita sayangi...
KALAULAH HAMBA ALLAH ITU TAHU PAHALA DAN GANJARAN SEDEKAH...
Benarlah firman Allah; apa yg engkau sedekahkan, akan aku gantikan...
SEDEKAH DAN KELEBIHANNYA
Setiap pagi ada dua malaikat yang akan mendoakan kita
Satu akan berdoa; ya Allah Kau muliakanlah hambaMu ini
kerana dia seorang yang pemurah dan rajin bersedekah,
Satu lagi akan berdoa; ya Allah Kau binasakanlah dia
bersama dengan kekikirannya...
What is our choice?...
Dari: Tanyalah ustaz tv9
Wednesday, October 17, 2012
INI BURUNG KESAYANGANKU...
Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas,
Namun sangkar emas itu tetap untuk mengurung
Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu
bukanlah kebahagiaan pada tekukur yang terkurung
Tetapi buat tuannya yang mengurung...
Petikan dari:Cinta Kerana Allah oleh Ustaz Pahrol
WHEN GOD IS YOUR FRIEND, WHO IS YOUR ENEMY?
Apabila kita akrab dan rapat dengan Allah tidak ada apa atau
sesiapa yang boleh memudaratkan kita...
Friday, October 12, 2012
Bertatih. merangkak dan mengharapkan berjalan dan seterusnya...
Memang benar hidup ini satu kembara. Aku mengembara dalam kepayahan. Itu kata aku. Mungkin tidak pada orang lain. Itu kenyataannya. Setiap dari kita telah ditentukan qadarnya oleh Allah swt. Namun Allah tetap memberi peluang kepada kita untuk mengubah Qada'Nya bersesuaian dengan apa yang kita minta, apa yang kita usahakan dan tentunya bersesuaian dengan apa yang terbaik untuk kita. Itulah percaturannya.
Terkadang terlintas juga difikiranku, adakah ini yang terbaik dariNya? Astaghfirullah...ampunkan aku Ya Allah. Sungguh aku derhaka padaMu. Sungguh aku telah tergolong dikalangan orang yang tidak bersyukur...
Terkadang terlintas juga difikiranku, adakah ini yang terbaik dariNya? Astaghfirullah...ampunkan aku Ya Allah. Sungguh aku derhaka padaMu. Sungguh aku telah tergolong dikalangan orang yang tidak bersyukur...
Alhamdulillah...dah pandai sikit
Alhamdulillah...aku dah tau sikit macamana nak buat entry via mobile. Punyalah jahil..selama ni aku ingatkan kat hand phone hanya boleh view post aje. Lama dah try godek sana sini tapi tak tau mana punca. Anyway ni baru mukaddimah je yang aku tau. Itupun berterabur. Tak pe, its ok its alright...bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit!!!!Adios Amigos!!!
Ilmu dan kepentingannya
Untuk menakluki dunia kita perlukan ilmu
Untuk mencari akhirat kita perlukan ilmu
Dan untuk memenangi kedua-dua dunia dan akhirat kita
tetap perlukan ilmu...
Tuesday, October 9, 2012
Monday, October 8, 2012
Kehidupan dan Ujian
Memang hidup untuk diuji
Dan memang ujian untuk yang hidup
Dan kita memang layak untuk diuiji
Dan diuji berkali-kali
Allah tidak akan menguji kita pada apa yang tidak kita mampu
Dengan ujian itu sebenarnya Allah mengajar kita untuk lebih kuat, lebih tabah
Dan akhirnya...percayalah
Tiap ujian Allah itu ada hikmahnya...insya allah
Dan memang ujian untuk yang hidup
Dan kita memang layak untuk diuiji
Dan diuji berkali-kali
Allah tidak akan menguji kita pada apa yang tidak kita mampu
Dengan ujian itu sebenarnya Allah mengajar kita untuk lebih kuat, lebih tabah
Dan akhirnya...percayalah
Tiap ujian Allah itu ada hikmahnya...insya allah
Subscribe to:
Posts (Atom)