GOLONGAN KANAN

Friday, October 18, 2013

BARAKALLAHU LAKA...

CINTA...
perasaan yang mengalir lembut,
menyenangkan,
bersinar,
jernih dan ceria...

CINTA...
perasaan yang mengalir lembut, menyesakkan, jerih dan badai...
dan CINTA SEJATI berpesan....
'bukan kita tersenyum kerana kita bahagia,
tetapi kita bahagia kerana kita tersenyum....'

-bObo-
petikan kata-kata Salim A. Fillah
-Bahagianya Merayakan Cinta-


INGAT JER 1 PERKARA....JANGAN TINGGALKAN ALLAH!

Jaga dan buat amal...Allah akan bantu kita, bersama kita
Janji Allah bersama amal...bukan mal

-BoBO-
13 Zulhijjah 1434H

Friday, October 11, 2013

SAID vs DONE

Said is lot easier than done
You can always say
You can always comment
You can always critic
You can always condemn...
But by doing so without doing what you have said..
you are even worst
????????

-bOBO-


Sunday, October 6, 2013

FORMULA KEHIDUPAN

Formula-formula yang ku kutip dari buku La Tahzan.

1. Formula untuk mendapat kemuliaan adalah dengan TAAT kepada Allah dan RasulNya
2. Formula untuk mendapat rezeki adalah BERUSAHA disertai dgn ISTIGHFAR dan taqwa.
3. Formula untuk mendapat syurga Allah adalah TAUHID.
4. Formula untuk mendapat iman adalah merenung AYAT-AYAT ALLAH dan makhlukNya.
5. Formula untuk mendapat kebaikan adalah KEJUJURAN.
6. Formula untuk mendapat hati yang hidup adalah merenung AL-QURAN, BERDOA MALAM dan tinggalkan dosa.
7. Formula untuk mendapat ilmu pengetahuan adalah BERTANYA & MENYEMAK dgn baik.
8. Formula untuk mendapat pertolongan dan kejayaan adalah SABAR.
9. Formula untuk kebahagiaan adalah TAQWA.
10. Formula untuk bertambahnya nikmat adalah BERSYUKUR.
11. Formula untuk mendapat rindu kepada akhirat adalah menjaga  JARAK (ZUHUD) dengan dunia.
12.Formula untuk mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah BERDOA

DAN...JADILAH WANITA PALING BAHAGIA DI DUNIA

-bObo-

MUNAJAT SI FAKIR...

Bismillah...
Ya Allah...
Di pagi hening ini aku memohon ampunanmu ya Allah
Ampunkan dosa-dosaku...yang lepas mahupun yang kan datang
Yang aku nyatakan secara terang...mahupun yang aku sembunyikan
Ya Allah...
Sekiranya masih berbaki apa yang tidak terlepas dari hati ini...
Engkau lepaskanlah ya Allah...
Bantulah aku Ya Allah
Please ya Allah...please let it go...and please ya Allah..please do the rest for me ya Allah
Aku meminta padaMu sebagaimana peminta yang yang hina
Aku merayu padaMu sebagaimana perayu yang dhaif
Aku sujud padaMu sebagaimana sujudnya penakut yang bertaubat padaMu
Ya Allah...
Sekiranya Engkau ingin mengambilku kembali..
Kau ambillah aku dalam keadaan cintaku padaMu cinta pertama
Cinta keduaku pada junjungan Muhammad ya Mustoffa
Dalam redha seorang lelaki yang bergelar suami..
Dalam keadaan ibu yang menyusukan aku dan membesarkan aku halalkan susuan itu
dan ampunkan salah silapku ya Allah...
Dan buat putera puteri yang kukandung selama sembilan bulan sepuluh hari..
Terlalu banyak yang ingin ku titipkan  tentang perjalanan hidup ini..
Agar mereka sentiasa dalam lindunganMu..
Ya Allah...
Sekiranya waktu ku tiba saat itu nanti..
Jemputlah aku dalam husnul khotimah..
Perkenankanlah ya Rabb...

-BoBO-

Allah sedang menguji kita...

Ya...Allah sedang menguji kita.
Ketika ini setiap dari kita sedang di uji Allah...suka itu ujian, duka itu pun ujian. Susah itu memang dinamakan ujian ...tetapi kesenangan itu juga sebenarnya ujian. Derita itu ujian...sohih! Bagaimana pula dengan bahagia? Bahagia kita sekarang di dunia...dan sememangnya bahagia di dunia juga adalah ujian dari Allah. Allah menduga kita dengan kebahagiaan di dunia, adakah kita alpa akan kebahagiaan hakiki yang perlu kita cari untuk alam akhirat?
Subhanallah...
Alhamdulillah..
Allahu Akbar!

Tiap detik yang kita lalui merupakan ujian pilihan yang Allah lontarkan pada hambaNya. Apa pilihan yang kita buat akan menentukan tindakan yang akan kita ambil...dan tindakan itulah yang akan mencorak warna dan rona lipatan kehidupan kita...
Acapkali kita lupa apa yang kita warnakan...kerana jarangnya kita melihat kembali, merenung hidup dan bermuhasabah diri...sungguh. Dan ironinya...kita tanpa rasa sedar, tanpa rasa sesal meneruskan hidup tanpa melihat corak dan warna kehidupan yang kita lakarkan semalam...terus melangkah dengan rasa megah, rasa diri gagah meniti jambatan kejayaan ciptaan manusia tanpa menyedari...bahawa...
KITA SEBENARNYA SEDANG DI UJI...

-BObO-
1 ZULHIJJAH 1434H