Alhamdulillah semasa kuliah tadi ada pertanyaan dari seorang hamba allah...setengah abad kukira usianya...jernih air mukanya dan mudah-mudahan beliau seorang yang lurus jalan hidupnya.
Saudara itu bertanyakan kepada ustaz...apakah standard piawaian Tauhid kita disisi Allah swt? Pada mulanya aku seakan tidak menyedari signifikasi soalan itu pada diri aku sendiri...
Tetapi dengan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Yazid tadi, aku tersentak dan bertafakur sejenak mengenang dan muhasabah diri...
Dimanakah letaknya diriku?
Adakah aku layak bukan hanya untuk melepasi standard ini bahkan adakah aku layak untuk dinilai standard tauhidku...subhanallah.
Nah! inilah penilaian Standard Piawaian Tauhid kita:-
- Merasakan kemanisan iman dengan rasa CINTA kepada Allah swt dan CINTA kepada Rasul saw mengatasi segalanya.
- Menyayangi dan mencintai yang lain, LILLAHITA'ALA...semata-mata kerana Allah. Lepas ni kalau nak berkasih sayang dengan suami kena cakap...ummi sayang ayah lillahi ta'ala...amin!
- Benci kepada kekufuran iaitu hidup mengikut Syariat sepenuhnya...dalam erti kata lain buat apa yang Allah perintah, hindar apa yang Allah tegah.
Check-list nampak pendek dan mudah. Hakikatnya dalam meniti kehidupan ini, segalanya bersaling kait dan semoga aku akan tetap beristiqomah dalam usaha untuk mencapai standard piawaian Tauhid ini....Terima kasih pada yang bertanya dan terima kasih ustaz kerana mengingatkan aku yang mudah lupa....