GOLONGAN KANAN

Sunday, June 27, 2010

BERSABARLAH WAHAI DIRIKU

Setiap dari kita haruslah meyakini bahawa Allah swt tidak akan memberati hambaNya dengan ujian yang tidak akan mampu ditanggung oleh individu itu sendiri. Oleh itu sebagai isteri kita haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala macam rencam hidup berumahtangga.
  • Lihatlah sesuatu permasaalahan itu dari sudut yang positif supaya ia dapat menyuntik aura positif kedalam minda kita.
  • Banyakkanlah berdoa kepada Allah dan pada masa yang sama kita juga haruslah bermuhasabah diri...
  • Sentiasa letakkan MATLAMAT hidup kita ini bukanlah semata-mata di dunia sahaja kerana akhirat adalah lebih utama. Dunia hanyalah sementara dan Syurga itulah destinasi impian kita.
  • Selalulah pujuk diri dan pujuk hati sendiri untuk bersabar.
  • Anggaplah setiap ujian yang datang itu adalah peluang dan bonus dari Allah untuk kita mengumpul pahala dan membasuh dosa.
  • Terimalah ujian hari ini sebagai tangga yang Allah hulurkan pada kita untuk kita naik ke makam yang lebih tinggi pada esok hari
  • Ingatlah...Allah sentiasa akan membantu kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...peganglah aku pada talimu Ya Allah.

No comments:

Post a Comment