GOLONGAN KANAN

Friday, November 12, 2010

DOA PEMBUKA 12 PINTU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Bukakanlah bagiku pintu-pintu KEBAIKAN
pintu-pintu KESELAMATAN
pintu-pintu KESIHATAN
pintu-pintu NIKMAT
pintu-pintu KEBERKATAN
pintu-pintu KEKUATAN
pintu CINTA SEJATI
pintu-pintu KASIH SAYANG
pintu-pintu REZEKI
pintu-pintu ILMU
pintu-pintu KEAMPUNAN dan pintu-pintu SYURGA
yaa Ar Hamar Raahimiin....

Tuesday, September 21, 2010

YA ALLAH, HIDUPKANLAH HATI INI

YAA HAYYU YAA QAYYUM
LAAILA HA ILLAA ANTA

"Wahai Yang Maha Hidup
Wahai Yang Berterusan Mengurus (Makhluk)
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Engkau..."

Amin Ya Robbal 'Aalamin

MUSIBAH DAN HAKIKATNYA

Rasulullah SAW bersabda...

"Tidak ada musibah apapun yang menimpa diri seorang muslim lalu ia membaca Istirja'
( Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun ) pada saat musibah itu menimpanya lalu berdoa:

" Ya Allah berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengabulkan doanya..."

Hidup tidak akan pernah lekang dari ujian Allah, itulah hakikatnya. Bukan persoalan samaada Allah sayangkan kita atau tidak sekiranya kita terpilih untuk menerima ujian Allah. Apa yang lebih penting, bagaimana kita menerima ujian Allah tersebut....adakah kita menerimanya sebagai musibah yang diturunkan pada kita? atau ia sebagai kafarah atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan? atau itukah warna-warna kehidupan manusia?

Yakinlah...itu semua adalah wasilah kita untuk kembali kepadaNya...

KEMBALI...

KEMBALI...

KEMBALI-LAH PADA ALLAH...

"Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua kembali."
(Al-Anbiya':35)

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya kepada Tuhanmu-lah kamu kembali."
(Al-'Alaq:6-8)

"Berilah berita gembira pada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali."
(Al-Baqarah:155)

Wallahu a'lam...

Monday, June 28, 2010

APAKAH STANDARD PIAWAIAN TAUHID KITA?

27.06.2010

Alhamdulillah semasa kuliah tadi ada pertanyaan dari seorang hamba allah...setengah abad kukira usianya...jernih air mukanya dan mudah-mudahan beliau seorang yang lurus jalan hidupnya.

Saudara itu bertanyakan kepada ustaz...apakah standard piawaian Tauhid kita disisi Allah swt? Pada mulanya aku seakan tidak menyedari signifikasi soalan itu pada diri aku sendiri...
Tetapi dengan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Yazid tadi, aku tersentak dan bertafakur sejenak mengenang dan muhasabah diri...
Dimanakah letaknya diriku?
Adakah aku layak bukan hanya untuk melepasi standard ini bahkan adakah aku layak untuk dinilai standard tauhidku...subhanallah.

Nah! inilah penilaian Standard Piawaian Tauhid kita:-
  1. Merasakan kemanisan iman dengan rasa CINTA kepada Allah swt dan CINTA kepada Rasul saw mengatasi segalanya.
  2. Menyayangi dan mencintai yang lain, LILLAHITA'ALA...semata-mata kerana Allah. Lepas ni kalau nak berkasih sayang dengan suami kena cakap...ummi sayang ayah lillahi ta'ala...amin!
  3. Benci kepada kekufuran iaitu hidup mengikut Syariat sepenuhnya...dalam erti kata lain buat apa yang Allah perintah, hindar apa yang Allah tegah.

Check-list nampak pendek dan mudah. Hakikatnya dalam meniti kehidupan ini, segalanya bersaling kait dan semoga aku akan tetap beristiqomah dalam usaha untuk mencapai standard piawaian Tauhid ini....Terima kasih pada yang bertanya dan terima kasih ustaz kerana mengingatkan aku yang mudah lupa....

Sunday, June 27, 2010

TAZKIRAH OF THE DAY.4

Komposisi kejadian makhluk ciptaan Allah adalah:-
Malaikat 90%
Jin 9%
Manusia 1%

Tetapi kenapa manusia dilantik sebagai khalifah Allah?
Apakah rasionalnya dan apakah cabarannya?

Allah telah memerintahkan kepada seluruh hambaNya untuk menyembah dan taat kepadaNya. Walaupun manusia hanya meliputi 1% dari jumlah kejadian makhluk ciptaan Allah, dengan menjadi hamba Allah yang taat, malaikat akan turut sama membantu kita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah telah berjanji barangsiapa yang taat kepada perintahNya akan Allah beri bantuan dan rezeki dari sumber yang tidak terduga oleh kita...
Wallahua'lam...

BERSABARLAH WAHAI DIRIKU

Setiap dari kita haruslah meyakini bahawa Allah swt tidak akan memberati hambaNya dengan ujian yang tidak akan mampu ditanggung oleh individu itu sendiri. Oleh itu sebagai isteri kita haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala macam rencam hidup berumahtangga.
  • Lihatlah sesuatu permasaalahan itu dari sudut yang positif supaya ia dapat menyuntik aura positif kedalam minda kita.
  • Banyakkanlah berdoa kepada Allah dan pada masa yang sama kita juga haruslah bermuhasabah diri...
  • Sentiasa letakkan MATLAMAT hidup kita ini bukanlah semata-mata di dunia sahaja kerana akhirat adalah lebih utama. Dunia hanyalah sementara dan Syurga itulah destinasi impian kita.
  • Selalulah pujuk diri dan pujuk hati sendiri untuk bersabar.
  • Anggaplah setiap ujian yang datang itu adalah peluang dan bonus dari Allah untuk kita mengumpul pahala dan membasuh dosa.
  • Terimalah ujian hari ini sebagai tangga yang Allah hulurkan pada kita untuk kita naik ke makam yang lebih tinggi pada esok hari
  • Ingatlah...Allah sentiasa akan membantu kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...peganglah aku pada talimu Ya Allah.

I WILL CLAIM BY BIRTH RIGHT!

Wednesday, June 9, 2010

TAZKIRAH OF THE DAY.3

Prasyarat kita dalam menuntut ilmu...hendaklah kita MENGAKUI akan kelemahan kita, kekurangan dan ketidakupayaan kita terhadap ilmu yang akan disampaikan oleh guru yang menyampaikan.
Guru bukan mengajar kerana ilmu itu datang dari Allah, ilmu milik Allah dan guru hanya berperanan untuk menyampaikan kepada yang tidak mengetahui, berkongsi dengan yang telah tahu dan belajar dari yang lebih mengetahui....itulah peranan kita sebenarnya...waima siapapun kita, kita adalah jambatan penghubung ilmu Allah...maka, berperananlah!

Doa dalam majlis ilmu.

Subhaanaka
Laa"ilmalanaa
Illaa maa 'allamtanaa
Innaka antal'aliimulhakiim

"Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana"
Al-Baqarah:32
(2:32)

Tuesday, June 8, 2010

TAZKIRAH OF THE DAY.2

Fainna ma'al 'us riyusro
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

Inna ma'al 'us riyusro
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

Al-Insyirah:5-6
(94:5-6)

Yakinlah bahawa Allah swt telah menjanjikan kesenangan dan kejayaan kepada kita selagi kita berpegang padaNYa.....amin

TAZKIRAH OF THE DAY.1

1 hari kita di akhirat bersamaan 1,000 tahun kita hidup di dunia....
Purata umur umat Nabi Muhammad saw hidup di dunia adalah 65 tahun....bersamaan 1.5 jam masa diakhirat... subhanallah!
apa yang kita cari di dunia?
apa yang kita kejar di dunia?
kenapa kita lupa pada akhirat yang lebih kekal?
kenapa kita lupa matlamat kejadian kita?

kenapa kita lupa IKRAR kita pada YaRabb....
Inna solaatii wanusukii wamahyaaya wamamaati lillahi rabbil'aalamiin
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam"

Monday, June 7, 2010

CATATAN PERJALANAN

06.06.2010
Kursus Pengajian Islam Amali
Ust Hj Yazid Bin Hj Maarof (019.2352330)
Tiap Ahad 11.00am-1.00pm

Modul 1 - Kuliah Usulludin (Tauhid) sebanyak 20 siri bermula.

Rasional Kuliah
Mempelajari asas, ulangkaji dan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman berhubung dengan Ilmu Tauhid/aqidah supaya iman kita terpelihara dari perkara yang boleh membatalkan iman kita seperti kepercayaan, amalan , ajaran sesat dan sebagainya.

Objektif Kursus
* Melaksanakana tuntutan Syarak dimana "Menuntut Ilmu itu wajib bagi setiap individu muslim"...maksud hadis
* Memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat belajar ilmu agama secara formal untuk mengikuti dan mendalaminya
* Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman ilmu Tauhid supaya dapat diterjemahkan dalan kehidupan seharian. "ISLAM IS THE WAY OF LIFE"
* Memberi keinsafan mengenai tanggungjawab dan amanah yang difardhukan Allah swt kepada kita dan keluarga dan mudah-mudahan ia dapat menyedarkan kita untuk menyumbang yang terbaik dalam hubungan kita dengan Allah swt khasnya, manusia dan alam keseluruhan secara amnya.

SINOPSIS KURSUS
* Pendahuluan
Bahagian hukum
Cara mengenali Allah swt melalui dalil Naqli dan dalil Aqli
Peranan Tauhid dalam memandu kehidupan individu Muslim

*Asas aqidah Islamiah
Pengertian Islam, Iman, Ihsan
Konsep Rukun Iman

*Kenapa masih sesat?
Faktor-faktor dalaman dan luaran
Fahaman salah ciri-ciri pandangan hidup islam
Apa itu Munafiq, Musrikin, Kafir, Murtad

Metadologi
* Kuliah, Syarahan, Multimedia
*Diskusi
*Peperiksaan peringkat sijil (pilihan)

Alhamdulillah, allah mendengar permintaanku. Selama ini aku mencari-cari ilmu allah yang maha luas ini dan allah swt menjawab dengan memberikan aku ruang untuk aku penuhi...syukran.
Insya allah aku akan beristiqomah dalam mengikuti kursus ini.

Subhanallah...jahilnya aku ya allah. Dlm tempoh 3 jam pengajian sesi pertama ini aku rasakan terlalu daifnya aku pada pandanganMu ya Allah...terlalu banyak perkara kecil yang tidak aku ketahui. Terlalu banyak perkara besar yang asas yang tidak pernah aku pelajari...

Pesan ustaz Dr Muhammad Ali Al-Hafiz..."jadikan Al-Qur'an teman hidupmu, nak...bawa ia kemana saja kamu pergi, nak...pahatkan ajaran Allah dalam dadamu nak...malu kita pada Rasullallah saw nanti "
Allahuakbar...

Tuesday, April 27, 2010

"The FOUR blessed looks:

1. Look back and thank God.
2. Look forward and trust God.
3. Look around and serve God.
4. Look within and find God!

I asked God, 'How do I get the best out of life?'
God said, 'Face your past without regrets, handle your present with confidence, and prepare for the future without fear!'

Without God, our week is: 'Mournday, Tearsday, Wasteday, Thirstday, Fightday, Shatterday and Sinday.
So, allow Him to be with you every day!'

Life is short, so forgive quickly. Believe slowly. Love truly. Laugh uncontrollably. Never regret anything that makes you happy.

Time is like a river. You cannot touch the same water twice, because the flow that has passed will never pass again.

Enjoy every moment of life. Have a blessed day today!!!."

SEJARAH AYAT KURSI

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segeramemerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluarmasuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akanmemudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w.. bersabda bermaksud:
'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allahhilangkan segala kefakiran di depan matanya.'

Sabda baginda lagi;
'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.'
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyangFardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'

Thursday, April 22, 2010

AL-MAWA'IZD AL-BADI'AH

Berkata Allah Subhanahu wa Ta'ala: Tercengang AKU bagi

Barangsiapa yang yakin ia akan MATI, maka betapa SUKA ia
Barangsiapa yang yakin ia akan HISAB pada hari kiamat, maka betapa menghimpun ia akan HARTA
Barangsiapa yang yakin ia akan KUBUR, maka betapa TERTAWA-TAWA ia
Barangsiapa yang yakin ia akan AKHIRAT, maka betapa BERSENANG-SENANG di dunia
Barangsiapa yang yakin akan FANA' dunia, betapa ia mengambil KETETAPAN ia di dunia
Barangsiapa yang 'ALIM ia dengan lidahnya, JAHIL dengan hatinya
Bagi yang bimbang akan keaiban MANUSIA, padahal lupa akan aib DIRInya
Bagi yang bersuci dengan air pada ZAHIR, padahal tiada suci akan HATInya
Bagi yang mengetahui Allah Ta'ala itu amat MELIHAT ia kepadanya, maka betapa ia DERHAKA akan Nya

Dan tercenganglah Aku bagi orang yang mengetahui ia akan bahawasanya dirinya itu akan mati, seorang dirinya dan masuk kubur ia padahal seorang diri, maka betapa berjinak-jinak ia dengan segala manusia, tiada Tuhan melainkan Allah padahal sebenarnya bermula Muhammad itu hambaKu dan RasulKu.

Petikan dari: Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah-Pengajaran Pertama

Wednesday, April 21, 2010

GERBANG KE SYURGA

Aku ingin ke gerbang syurga...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Bawalah aku ke gerbang syurgaMu
Jadikanlah aku
Muslimah yang mendirikan Solat, taat berpuasa dan khusyuk mengerjakannya
Muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu untuk menjaga maruah dan prinsip agama
Muslimah yang sentiasa belajar dengan penuh kesedaran dan bersih fikiran
Muslimah yang sentiasa menepati janji, dipercayai dan amanah
Muslimah yang sentiasa sabar dan memohon keampunanMu
Muslimah yang sentiasa berzikir, bersyukur dan bermunajat
Muslimah yang menjadikan Asiyah, Maryam dan Khadijah sebagai ikutan
Muslimah yang sentiasa menjaga nilai, memelihara diri serta iffah
Amin Ya Rabbal 'Alamin....

Doa Seorang Isteri...

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya…