GOLONGAN KANAN

Saturday, December 1, 2012

ANEKDOT 30.11.12

Semalam adik ipar bongsu aku, Ali dtg bermlm di rumah. Ada interview di Putrajaya yg dah confirm dapat. Alhmdllh...rezeki dan nikmat hidup kurniaan Allah Teruja atau kerja gila. Ali ajak kami tengok bola AFF SUZUKI CUP. Malaysia vs Indonesia simusuh tradisi. Mulanya hubby agak keberatan...tak da kerja katanya. Tapi selepas dirayu oleh kami...(aku yg paling byk berusaha...secara relatifnya!) akhirnya yes!!!! Ooooo SELAMANYA...HARIMAU MALAYA! Buat pertama kali dlm sejarah kami dan anakku ke Stadium Nasional Bukit Jalil join the crowd. Teruja dan kelakar rasanya kerana jauh di sudut hati aku rasa m this is not right tapi another part aku rasa, why not? As long as kita tidak membuat sesuatu yg dilarang dan selagi kita tidak meminggirkan perintah Allah. Bertolak dari rumah selepas Asar dan setelah bersesak2 akhirnya berjaya mendpt parkir yg agak selesa dlm suasana hiruk pikuk sorakan org ramai dlm remang senja. Alhmdllh...Allah mudahkan segalanya dan usai solat msghrib dibelakang kereta kami masuk stadium. Merah putih INDONESIA. Hitam kuning MALAYSIA. HARIMAU MALAYA!!! Yea eeee ee... HARIMAU MALAYA. MALAYSIA! Alhamdulillah....Ayam percik 2. Ayam penyet 0. Kita jumpa Thailand di separuh akhir nanti. Semoga beroleh kejayaan. HARIMAU MALAYA!

Friday, November 30, 2012

ANEKDOT 30.11.12

Jumaat 11:00am. Sungguh. Kasih sayang adalah ubat paling mujarab dan paling mustajab. Tanpa kasih sayang hati kita jadi keras, jadi hitam dan jadi beku dan kaku. Dgn kasih sayang kita jadi seorang yg sabar dan redha. Alhamdulillah pagi ini aku bersama mak, ateh, mak teh, jasmin dan si kenit TinTin pergi menziarah kakak sulung aku & ateh...kak Normah. Hampir 20 thn kami tidak bersua muka. Dan syukur pd Allah kerana telah melembutkan hati suaminya untuk menerima kedatangan kami walau tanpa diundang. Biarlah cerita lampau menjadi lorekan tinta dlm lipatan sejarah...jgn diungkit salah siapa tetapi lihat rahmat Allah yg melimpah apabila silaturrahmi di sambung kembali... Ya Allah. Sesungguhnya Allah semulia saksi pada setiap kejadian. Lindungi dan rahmati kami ya Allah....ampuni kami Ya Rabb... -bOBo-

TERAPI ZIKIR HARI JUMAAT- ya ALLAh ya ALLAH ya ALLAH ya ALLAH...ya ALLAH ya ALLAH ya ALLAH ya ALLAH...

Wednesday, November 28, 2012

KESILAPAN KITA PD ANAK-ANAK

Kesilapan ibubapa kpd anak:- 1. Pilih kasih. 2. Suka memaki hamun anak. 3. Tak jaga halal dan haram mkn minum anak. 4. Tak mengurus masa cuti anak. 5. Tak mkn mlm bersama anak2. 6. Bertengkar suami isteri dpn anak. 7. Tak monitor pergaulan anak dgn rakan2nya. 8. Lambat azankan anak waktu kelahirannya. Sebaik2nya dgn darah kelahirannya. 9. Tak menitikberatkan aqiqah anak masa kelahirannya. 10.Marah anak dpn org lain. Biar kita yg kenalkan anak2 dgn dunia luar dan bgtau baik dan buruknya Selalu pesan pd anak2 jgn ulang kesilapan yg pernah kita lakukan pada usia beliau. Selalu pesan pada anak utk meneruskan perjuangan sebagai umat nabi muhammad s.a.w dan kukuhkan jati diri utk menjalani visi hidup sebagai hamba Allah dan misi hidp adalah utk mati bertemu Allah di Jannah. More connection to less correction. -Banyakkan perhubungan kita dgn anak supaya komunikasi yg baik. Selalu pujuk hati kita supaya sentiasa memaafkan anak. Jangan sesekali mengeluarkan kata2 "engkau bukan anak aku" atau menyesal melagirkan anak. Sebelum marah anak, puji dulu perlakuannya. Jangan sesekali tidak redha kpd anak kerana itu akan membuatkan hidup anak kita tidak diberkati Allah. Hukuman terbaik utk anak yg bersalah:- 1. Suruh anak solat taubat. 2. Suruh anak berpuasa. 3. Tarik kemudahan yg tlh kita berikan pdnya. 4. Suruh anak buat kebaikan utk contra satu kesilapannya. Jangan berleter panjang! Jangan ungkit kesilapan lampau anak semasa kita berleter. -ustaz hanafiah malek TANYALAH USTAZ@TV9-

Saturday, November 24, 2012

KHURAFAT 2

Kita dikurniakan akal oleh Allah dan biarlah akal itu memandu kita kearah jalan yg diredhai oleh Allah. Berhati2 dgn lintasan hati dan i'tikad kita terhadap sesuatu selain Allah kerana setiap benda yg berjisim adalah makhluk Allah...dikhuatiri lintasan di hati kecil kita akan mengaburi akal kearah perangkap khurafat...na'uzubillah. -TANYALAH USTAZ @ TV9-

RULES FOR AFFIRMATIONS

Affirmations are designed to help us sustaining a daily positive thoughts about ourself and our expectations for our future. They only work if we say them. The 3 rules of affirmations are:- 1. State affirmations in the present tense. 2. State affirmations in the positive. 3. Be specific. -Chellie Campbell. Author of 365 stories to make you rich-

1.365

SOMETHING WONDERFUL IS HAPENNING TO ME TODAY. I CAN FEEL IT!

Friday, November 23, 2012

TAHAJJUD

Antara 7 golongan yg akan mendpt naungan Allah diakhirat kelak adalah org yg mengingati Allah di kala sunyi sepi iaitu hamba Allah yg berkhalwat dgn Allah diwaktu sunyi. Apa yg dimaksudkan berkhalwat dgn Allah waktu sunyi? Mereka adalah golongan yg bangun malam tatkala org lain sedang nyenyak diulit mimpi.Bangunnya hamba Allah tersebut adalah utk bermunajat kepada Allah dgn mengerjakan solat tahajjud,solat taubat dan solat hajat. Sesungguhnya amat besar ganjaran yg Allah kurniakan kepada hambaNya yang bangun bertahajjud kerana pada dasarnya apabila seseorang itu berniat utk bangun tahajjud, beliau terpaksa berdepan dgn beberapa ikatan syaitan sewaktu tidurnya...bukankah utk merungkaikan ikatan2 syaitan itu merupakan satu jihad? Nah...sekarang mari kita audit diri...kuatkah kita utk melawan tipu daya syaitan dalam merungkai ikatan syaitan laknatullah itu? Berjayakah kita menewaskan syaitan utk bangun TAHAJJUD atau kita sekadar bangun TERKEJUT??? Wana'uzubillah...

KHURAFAT

Tiada istilah perubatan jarak jauh dlm perubatan islam. Maksudnya disini kalau kita berjumpa dgn pengamal perubatan tanpa pesakit dan dijanjikan akan dirawat pd mlmnya atau sebagainya, itu tandanya pengamal perubatan itu menggunakan perantaraan jin. Jangan terperangkap dgn budaya khurafat. Sesuatu yg dipakai sebagai tangkal walaupun sekadar tali atau sehelai benang juga adalah khurafat. Audit diri..pernahkah kita amalkan walau tanpa kita sedar? Astaghfirullah...semasa anakku kecil dan sering menangis @ sawan tangis.

Thursday, November 22, 2012

DALAM HATI ADA TAMAN vs dalam hati ada rawan...

ANEKDOT 22.11.12

Alhamdulillah... Setelah sekian lama merancang akhirnya hari ini kami telah berjaya memulakan terapi sihat kami...morning walking, aku dan anak dara comelku, jasmin. Kami bermula seawal 7:45 am setelah percubaan petang semalam tidak kesampaian sebab hujan lebat. Teruja dan gembira melihat jasmin bersemangat memulakan langkah pertama utk mengecilkan badannya...tapi yang tak tahannya masa diner tadi dgn muka sedihnya...ummi, boleh tak adik tambah nasi lagi???? Alahai anak omak....

Monday, November 19, 2012

DLM HATI SETIAP SUAMI ADA QURRATU 'AIN...

Mari kita cari qurratu'ain suami utk meneruskan mahabah dlm rumahtangga kita. Apa itu qurratu'ain? Ia adalah citarasa yg baik dimata suami kita. 3 golden rules:- 1. Jaga mkn minum. 2. Jaga maruah suami. 3. Jaga nafkah suami. Tidak gugur tanggungjawab kita sebagai isteri walaupun suami tidak menunaikan tanggungjawabnya terhadap isterinya. Amalkan asma husna YA BASSIT 100X sehari. -ustaz muhammad-

MATI ITU SAKIT.

Sirah Nabi Idris yang memohon Allah mencabut nyawa baginda. Setelah mengalami saat kematian itu, malaikat Jibril bertanya kepada baginda bagaimanakah rasanya saat kematian itu. Jawap baginda...kematian itu amat menyakitkan seumpana kulit yang disiat hidup-hidup. Sedangkan malaikat Izrail mencabut nyawa baginda dgn begitu halus dan lemah lembut. Audit diri...bagaimana aku kelak?

Sunday, November 18, 2012

ANEKDOT 18.11.12

Perjalanan dari Ipoh ke KL seakan terlalu panjang dan memenatkan. Heavy traffic, ramai yang balik KL hari ni selepas cuti panjang bagi mereka yg bercuti Deepavali dan Maal Hijrah selama seminggu ini. Hujan lebat dalam perjalanan bersulam dgn panas mentari datang dan pergi. Alhamdulillah, nikmat Allah. Aku cuba melelapkan mata tetapi tak boleh kerana perasaan gayat menguasai diri ini. Tambah lagi dgn corak pemanduan pilotku yang sekejap brek mengejut, sekejap mengelak kereta yang no civic minded...pelik tetapi benar, kereta besar dan gah...tetapi dok bekejar ikut lorong kecemasan...sesekali mulut ni celupar juga mengata tapi kena protes dgn pilot kt sebelah...bebelan tak memberikan apa2 manafaat,kan?...nanti orang lain tak apa2, kita pulak yg tak pasal2 stress! Singgah di Restoran Jejantas Sg Buloh. Ikut pilihan anak2...Burger King. Selesai solat Maghrib, baru bertolak balik rumah... Moga Allah permudahkan segalanya...amiin.

Saturday, November 17, 2012

ANEKDOT 17.11.12

4.00pm. On the way to Cameron Highland. Berkonvoi dgn Han & family. Harap2 mak tak muntah macam dulu...mungkin tak sebab hari ni mak naik Sorento Pak Ngah...dulu naik Wira je. Lagipun hari ni kami naik via Simpang Pulai bukan Tapah. Jalan agak okey tapi cabaran hujan yg turun mencurah-curah. Be positive. Hujan rahmat dari Allah. 7.30pm. Traffic jammed yg tidak disangka2 ke Brinchang. Ingatkan hanya KL saja yang jammed gini...kesian Jasmin lapar. Agak sukar juga nak mencari surau atau masjid utk solat maghrib. At last berjaya melepasi traffic jammed yang hanya disebabkan oleh pasar malam ditengah2 pekan Brinchang...hmmm. Ramainya orang...agaknya disinilah warga Cameron Highland bershopping kot..itu kata anak gadisku Jasmin. Dalam pada itu...terkeluar juga tagline dia...ummi, adik lapar...

Friday, November 16, 2012

ANEKDOT 16.11.12

6:37pm. Dalam perjalanan ke Seri Iskandar, Perak dan insya Allah akan tidur bermalam di Ipoh malam ini. Singgah sebentar di Restoran Jejantas Sg Buloh untuk memenuhi hajat emak yang nak makan sate Hj Samuri.Padahal perut masih kenyang lagi selepas makan nasi lepas solat jumaat tengahari td...tak apa la, memenuhi hajat orang tua kita kan salah satu cara untuk mendapat pahala...amin. Semoga Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan kami.

KAYA

Sekejapan tadi ada org kata nak jadi kaya. Kaya...benar dan tipu kalau kita kata kita nak jadi kaya. Benar disini, memamg benar semua orang nak jadi kaya dan bohong pula jika ada orang kata dia tak nak jadi kaya. Tapi apa yg aku nak katakan di sini, kaya yang mana satu yang kita nak? Kaya di dunia atau kaya di akhirat? Sekali lagi jawapan klise yang akan didengari...aku nak kaya di dunia dan akhirat. Betul ke? Boleh ke? Di dunia kita nak kaya mcm Syed Mokhtar AlBukhary, walaupun tidak sekaya Warren Buffet. Di akhirat kita nak kaya macam Saidatina Khadijah yang sanggup mengorbankan keseluruhan hartanya ke jalan Allah. Kita di tahap mana? Jgnkan orang lain...aku sendiri pun tak tahu di mana level kekayaan aku yang sebenar. Tapi yang pasti, aku tidak sekaya mana di dunia dan jangan di tanya apa hartaku di akhirat kelak sebab...sungguh! AKU TAK PUNYA APA!!!!!

Thursday, November 15, 2012

TERAPI PAGI INI

Subhanallah... Alhamdulillah... Wala ila ha illallah... Allahu akbar! Wala haulawala quwwatailla billah...

ALHAMDULILLAH...satu permulaan yg baik. Allah telah permudahkan...istiqomah istiqomah istiqomah! Rabbi yassir walatu'assir...

MAAL HIJRAH 1434H

Alhamdulillah hari ini sekali lagi Allah memberi peluang kepada diri ini untuk meniti hari baru di tahun baru hijrah. 1434Hijrah. Apa erti hijrah pada hamba Allah yang kerdil ini? Yang penuh kedaifan dan kekurangan serba-serbi apatah lagi ilmu akhirat. Ya Allah...hambaMu bertaubat Ya Allah. Terlalu banyak amalan yang ingin aku perbaiki. Dari yang sekecil-kecilnya...sampai aku sendiri keliru dari mana harus aku mulai...astaghfirullah hal'azim... Teringat kata Prof Muhaya. Formula 3M untuk berubah. 1.Mulakan dari yg kecil. 2.Mulakan dari diri sendiri. 3.Mulakan sekarang. Aku bertekad utk bermula dari yg nampak kecil tapi sebenarnya amat besar kerana ia tiang agama...ya, SOLAT. Aku bertekad utk memperbaiki kualiti solatku...solat awal waktu. Moga dipermudahkan. Rabbi yassir, walatu'assir...

Saturday, November 10, 2012

SETIAP HARI BARU ADA POTENSI UTK KEBAHAGIAAN...

JADIKAN ALLAH GHAYYAH/MATLAMAT KITA...INSYA ALLAH DAN YAKIN SEYAKIN-YAKINNYA ALLAH DEKAT DGN KITA DAN ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA KITA SEPANJANG MASA...Allah lebih dekat dari urat nadi dileher kita.

BERKORBAN DAN RASA TIDAK DIHARGAI?...itu tandanya kita belum berkorban kerana kita sedang bargain dgn sesuatu selain Allah!...wallahua'lam..-ustaz pahrol muhd juoi-

MAAF, IKHLAS ATAU TERPAKSA?

Memberi kemaafan jangan hanya dilidah tetapi mesti dihati. Beri kemaafan dgn zikrullah dgn hati bukan dgn lidah...subhanallah maha suci Allah yakni hanya Allah pemilik zat yg suci dan manusia tidak pernah sepi dari dosa. Maka sudah tentu kita bukan makhluk yg suci...dan siapalah kita untuk tidak memaafkan org lain... Selepas solat tiap waktu mohon doa pd Allah supaya diampunkan dosa kita pada org lain dan diampunkan dosa org lain pd kita. Jgn kita bertindak atas kemarahan kita. Mungkin dgn kita menahan kemarahan itu Allah ingin memberi keampunan keatas dosa kita, husnuzon... Jadikan M itu M yang mujarab, iaitu MAAF yang kita minta dr org lain dan MAAF yg kita beri kpd org lain se bagai vitamin ketenangan dlm hidup kita. Ingat, tiada musibah yg Allah turunkan pd kita melainkan sebagai wasilah Allah ingin memberi kemaafan terhadap dosa2 kita. Berhijrahlah kpd golongan yg baik utk mendpt rahmat Allah.

KETENANGAN ADALAH PENCARIAN SEUMUR HIDUP...zikrullah adalah jalan terbaik...subhanallah!

ALLAH MEMBERI GANJARAN KPD ORG YG MENAHAN KEMARAHAN, ORG YG MEMAAFKAN DAN ORG YG MEMBUAT KEBAIKAN...

Thursday, November 8, 2012

PESANAN IMAM SYAFIE

Antara pesanan imam Syafie:- 1. Menghindari maksiat kerana maksiat akan menjadi hijab ilmu. 2. Meninggalkan kerja atau aktiviti sia-sia. 3. Melakukan ibadat sunat secara sembunyi dan ketika bersendirian. 4. Menghabiskn masa dgn amalan ilmu. 6. Selalu ingat mati kerana dgn mengingati mati membuatkan kita mengingati Allah dan jauh dari maksiat... Imam Syafie meninggal dunia pd usia 54 tahun akibat dipukul oleh sekumpulan org yg dikatakan pengikut fanatik imam Hanafi ketika dlm perjalanan pulang dari menyampaikan ilmu agama di masjid.Tetapi ada pandangan yg mengatakan itu adalah propaganda pihak yahudi yg takut kpd pengaruh imam Syafie yg sedang berusaha utk menyatukan mazhab Hanafi dan Malik ketika itu...wallahu'alam. Syair Imam Syafie... Ilahilas tulilfirdausi'aala..walaa aqwa ilannarii jahiimi... Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu... Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu... Ampunkan dosaku terimalah taubatku... Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.. -TANYALAH USTAZ@TV9-

Wednesday, November 7, 2012

IMAM SYAFIE & ALAM NASHRAH

Amalkan bacaan Alam Nashrah setiap pagi utk mendptkan dada yang lapang. Baca, hembus ditgn dan sapu dimuka utk mendptkan Nur Allah. Al ladzii anqodha zohra'. Warafa'naa lakazikra'...baca, hembus ditgn dan tepuk dipinggang utk melegakan dan mengubati slipped disc. Subhanallah. Janji Allah, setiap kesusahan ada kemudahan...subhanallah.

Monday, November 5, 2012

MOTIVASI DARI KISAH NABI NUH A.S

Jangan berputus asa dlm mengajak dan menyeru anak2 patuh pada perintah Allah. Berapa ribu kali kita menyuruh dan mengingatkan anak2 utk solat? Pelbagaikan cara utk berdakwah. Teruskan mentarbiah anak2 kita tanpa jemu. Apalah sangat usaha kita yg beberapa tahun ini, jika dibandingkan dgn usaha nabi Nuh beribu tahun menyeru anak2 dan kaumnya bertaqwa kpd Allah. Bergantunglah pd kekuasaan Allah utk memberi kebaikan mahupun kemudharatan kpd kita... Wallahua'lam...

Wednesday, October 31, 2012

3 PRINCIPLES OF LIFE

3 principles of life are:- 1. HAVE 2. GIVE 3. GET We must HAVE in order to GIVE...and we must give in order to GET back in return. Have a good feeling is an important element in our daily life. Once we feel good, we act good to others and insya allah...others will be good to us too... I FEEL GOOD...TENENE NENENET.... -bOBo-

SEBAIK-BAIK ILMU YG KITA CARI ADALAH ILMU AGAMA...imam at-tarmizi

Tuesday, October 30, 2012

IMAN

Sesungguhnya iman itu tidak boleh diwarisi... Ambil iktibar kisah nabi Nuh A.S... Apa usaha kita utk menyelamatkan anak2 kita? Adakah cukup usaha kita utk menanamkan tauhid dlm hati mereka? Adakah kita memegang amanah Allah dengan jitu utk menerajui bahtera tauhid anak2 kita? Allah abadikan kisah nabi nuh utk kita ambil iktibar... Belajar erti kasih sayang yang sebenar dan masuklah ke dlm bahtera tauhid ALLAH dengan penuh keimanan... Rabbi yassir...

KUN FA YA KUN

Sesungguhnya apabila ALLAH mengkehendaki... Segalanya adalah PASTI...

TERIMA KASIH KU UCAPKAN PDMU ATAS NIKMAT YG DIBERI PDKU. ..

HIDAYAH ALLAH

Hidayah ilham fitri berbentuk ilham semulajadi yg Allah kurniakan kepada semua makhluk. Hidayah tul hawas adalah pancaindera yg Allah kurniakn bukan dlm bentuk akal tetapi kelebihan tabiat yg digunakan oleh makhluk tersebut utk meneruskan survivorshipnya di dunia ini.Cth: kucing menghidu sebelum makan makanannya. Hidayah tul 'aqli adalah hidayah akal yg Allah kurniakan hanya kpd manusia utk membezakan antara yg baik dan buruk. Inilah yg membezakan kita dgn makhluk lain...dan benarlah firman Allah bahawa kitalah semulia-mulia makhluk ciptaanNya dan satu perkara yg membezakan antara kita adalah amal soleh kita dan usaha yang kita lakukan utk mendekatkan diri kita kpd Allah...wallahua'lam -tanyalah ustaz @ TV9-

Wednesday, October 24, 2012

ZIKRULLAH

Perbanyakkan dan basahkanlah lidah kita dengan zikir kerana zikir itu umpama bahan binaan untuk kita membina istana di syurga kelak. Rugi seandainya kita tidak mengambil peluang yang Allah kurniakan pada kita. Jom audit diri...lidah kita basah dek zikrullah atau sebutan yang lagha... Laaila hailla anta... Subhanakainni... Kuntumminazzholimeen... Tubna ilallah... -bOBo-

HIDUP ADALAH SANGKAAN KITA...

Kita akan dapat apa yang kita sangkakan dan jangkakan... Bukan apa yang kita mahu... Bangun pagi, lihat apa emosi kita... Kalau tak tenang, itu menandakan kita byk dosa..bykkn ibadat malam. Yakin bulat pd Allah..HAQQUL YAQIN. Bebaskn diri dr bergantung pd kasih sayang manusia... Cari kasih sayang Allah. Kesalahan nyata seorg isteri ialah terlalu mengharapkan kasih sayang suami. Betulkan niat...sayang dan cinta pada suami kerana Allah. Betulkan hubungan dgn Allah. Lihat apa yg kita ada, ikatkan dgn kesyukuran. Selalu kaitkan hukum QISAS dlm hidup..cth: kalau kita kehilangan 1 mata, gantinya bersamaan 50 ekor kibash..maksudnya disini, betapa kayanya kita dgn anugerah Allah yg kita ada..jgn cari apa yg kita tiada.. Rezeki Allah ni byk...tidak perlu takut tak cukup. Org yg nak tenang kena gerakkan emosi rohani. 7 emosi negative:- Takut-takut hanya utk allah Dengki. Dendam-orang yg berdendam takkan tenang. Suka marah org-orang yg selalu marah itu ego. Tamak. Tahyul. Sentiasa nak lebih dr org. Setiap dosa yg kita buat akan mengurangkn pointer kita diakhirat nanti. Sentiasa soal diri kita, kita buat utk siapa? Utk org atau utk Allah. Hidup biarlah dari dunia dalaman ke dunia luaran. Inside out. Cari ilmu jgn cari berita. Utk akhirat lihat org yg diatas. Utk dunia lihat org yg dibawah. Org yg berjaya dunia dan akhirat adalah org yg berbakti pd ibubapa. Kalau nak berkat, jangan buat maksiat sebaliknya cari redha Allah. Bila jumpa org, pasang niat utk memberi cahaya pd mrreka. Sentiasa hargai org lain...terima manusia seadanya. Bebaskan diri dari pergantungan kpd org. Bila org buat jahat dgn kita, kita balas dgn kebaikan. Bila org cemuh kita, kita balas dgn subhanallah dan alhmdllh, kita cari kebaikan Celikkan mata hati, jdkan diri kita air..sentiasa tenang. Cari ketenangan dgn mknan rohani/makrifatullah, makanan emosidan makanan fizikal. Jaga halal dan haram makanan kita. Buang pergantungan dgn manusia dan sentiasa mencari husnul khotimah. Buku kita tgn kanan atau kiri? Jaga hubungan dgn allah dgn menjaga ibadat khusus dan ibadat umum. Jaga hubungan dgn manusia dgn menjaga akhlak kita.. Islam adalah cara hidup, kita hamba Allah dan kita adalah khalifah pd manusia..pimpin keluarga kejln Allah. Jaga aurat diri dan anak perempuan. Sentiasa pasang niat utk TENANG DAN MENENANGKAN...

LABBAIKALLAH...

Org mengerjakan haji kerana 2 tujuan:- 1. Untuk membuang dan membersihkan dosa. 2. Untuk mendapatkan haji mabrur. Pergi menunaikan haji mesti bertujuan utk berubah slps itu dan jgn sesekali memasang niat utk tidak berubah kerana seandainya tiada perubahan selepas mengerjakan ibadah haji, dikuatiri itulah tanda-tandanya bahawa kita tidak mendapat haji mabrur...wallahua'lam... Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz. -TANYALAH USTAZ @ TV9-

LABBAIKALLAH...kami datang padaMu Ya Allah/kami sambut seruanMu Ya Allah.

Ya Allah, kau jemputlah aku ketanah suciMu ya Allah...jadikanlah aku antara hambaMu yang terpilih utk menjadi tetamuMu ya Allah... Aku rindu pdMu ya Allah... Aku rindu pd kekasihMu ya Allah... Aku rindu pd Ibrahim ya Allah... Aku rindu akan seruan Ibrahim ya Allah... Seruan itu telah lama berada didlm hatiku. Seruan itu telah lama berbaur dlm hatiku. Betulkanlah niatku kesana. Luruskanlah hatiku. Sesungguhnya aku hambaMu yg hina dina ya Allah... Inginku sambut lambaianMu tapi aku terikat dengan aturan dunia. Permudahkanlah urusanku... LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK.. Aku datang pdMu Ya Allah... Aku sambut lambaianMu ya Allah...

Tuesday, October 23, 2012

KEPERLUAN FARDHU 'AIN PERLU DIPELAJARI SEJAJAR USIA DAN WAKTU...it is a never ending process..

HUSNUL KHOTIMAH

Seandainya kita mati pukul 5.00 petang, waktu paling penting bagi kita ialah 4:59ptg, 4:58 ptg dan 4:47 ptg... Apa amalan kita waktu itu? Adakah su'ul khotimah atau husnul khotimah seperti yang kita dambakan? Jom audit diri kita sekarang, apa rancangan TV kita pilih, apa laman web yang kita browse, apa buku yang kita baca, apa butiran kata yang keluar dari mulut kita dan apa lintasan hati kita... Tubna ilallah... -bOBo-

BUILDING SELF CONFIDENCE

Dress sharp, walk faster, good posture... Read a lot, never stop learning. Focus towards your goal. Fake it till you make it! Get the role model and copy what they are doing... And the most important thing...WRITE DOWN YOUR GOAL! -IRFAN KHAIRI@HOT-

Monday, October 22, 2012

THE BEGINNING OF MY INVESTMENT JOURNEY...

PERCAYA VS PERDAYA

Kita akan mudah terpedaya jika kita terlalu mempercayai tetapi kita akan menjalani hidup yang lebih menyeksakan sekiranya kita hidup dalam situasi tidak mempercayai... -CRIMINAL MINDS YEAR 7-

LABBAIKALLAH...

Syarat mampu dlm ibadat haji adalah mampu atas individu dan bukan institusi. Contohnya seorang anak yang mampu mengerjakan haji harus melepaskan tanggungjawab atas dirinya sendiri dan sekiranya ada lebihan atas rezekinya barulah boleh menunaikan tanggungjawabnya untuk membantu pembiayaan orangtuanya... Kewajipan atas dirinya akan dipersoalkan dahulu dihadapan Allah kelak... -tanyalah ustaz tv9-

LABBAIKALLAH...

Setiap belanja yg dikeluarkan untuk mengerjakan haji akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda pahala...wallahua'lam. -tanyalah ustaz tv9-

Sunday, October 21, 2012

PROJEK PERUMAHAN KITA

Kehidupan ini adalah seumpama sebuah project perumahan. Siapa owner of the project? ALLAH. Siapa engineer of the project? RASULALLAH S.A.W. Apa plan for construction? AL-QUR'AN. Apa SnP of the project? DUA KALIMAH SYAHADAH. Dan KITA tak lain dan tak bukan hanyalah construction worker yang mengikut arahan...kita nak jadi pekerja terbaik atau pekerja ala-ala atau pekerja yang tidak langsung memegang amanah? Still..it is yr choice!

PERMATA BUAT SUAMIKU

Telah kusiapkan Satu daerah paling sunyi Dalam hati ini Untuk kau isi sebagai suami Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang lelaki Untuk kau berilti dengan kelembutan Untuk kau hargai dengan kasih sayang Aku ingin menjadi wanita mulia yang tahu harga budi dan hati Seorang lelaki bernama suami Kerana engkau suami Ku ingin kau mengerti bahwa hidup ini Tak semudah yang kita janjikan yang kita janjikan Kerana kau suamiku Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorg lelaki Untuk kau berilti dengan kelembutan Untuk kau hargai dengan kasih sayang -kOpRaTaSA-

Friday, October 19, 2012

MUHASABAH DIRI...

Setiap lintasan hati yang baik adalah ilham dari Allah untuk memudahkan sirat di hari akhirat kelak... Setiap gerak aktiviti kita, tanyalah...ALLAH REDHA TAK KALAU AKU BUAT NI?

Thursday, October 18, 2012

SEDEKAH 2

Sedekah kpd fakir miskin akan diganjarkan satu pahala, Sedekah pada saudara yang miskin akan diganjarkan dua pahala; Satu pahala sedekah, Dan satu lagi pahala mengeratkan ukhwah silaturrahim, Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah sesuatu yg kita sayangi... KALAULAH HAMBA ALLAH ITU TAHU PAHALA DAN GANJARAN SEDEKAH... Benarlah firman Allah; apa yg engkau sedekahkan, akan aku gantikan...

SEDEKAH DAN KELEBIHANNYA

Setiap pagi ada dua malaikat yang akan mendoakan kita Satu akan berdoa; ya Allah Kau muliakanlah hambaMu ini kerana dia seorang yang pemurah dan rajin bersedekah, Satu lagi akan berdoa; ya Allah Kau binasakanlah dia bersama dengan kekikirannya... What is our choice?... Dari: Tanyalah ustaz tv9

Wednesday, October 17, 2012

INI BURUNG KESAYANGANKU...

Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas, Namun sangkar emas itu tetap untuk mengurung Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu bukanlah kebahagiaan pada tekukur yang terkurung Tetapi buat tuannya yang mengurung... Petikan dari:Cinta Kerana Allah oleh Ustaz Pahrol

WHEN GOD IS YOUR FRIEND, WHO IS YOUR ENEMY?

Apabila kita akrab dan rapat dengan Allah tidak ada apa atau sesiapa yang boleh memudaratkan kita...

Friday, October 12, 2012

Bertatih. merangkak dan mengharapkan berjalan dan seterusnya...

Memang benar hidup ini satu kembara. Aku mengembara dalam kepayahan. Itu kata aku. Mungkin tidak pada orang lain. Itu kenyataannya. Setiap dari kita telah ditentukan qadarnya oleh Allah swt. Namun Allah tetap memberi peluang kepada kita untuk mengubah Qada'Nya bersesuaian dengan apa yang kita minta, apa yang kita usahakan dan tentunya bersesuaian dengan apa yang terbaik untuk kita. Itulah percaturannya.

Terkadang terlintas juga difikiranku, adakah ini yang terbaik dariNya? Astaghfirullah...ampunkan aku Ya Allah. Sungguh aku derhaka padaMu. Sungguh aku telah tergolong dikalangan orang yang tidak bersyukur...

Alhamdulillah...dah pandai sikit

Alhamdulillah...aku dah tau sikit macamana nak buat entry via mobile. Punyalah jahil..selama ni aku ingatkan kat hand phone hanya boleh view post aje. Lama dah try godek sana sini tapi tak tau mana punca. Anyway ni baru mukaddimah je yang aku tau. Itupun berterabur. Tak pe, its ok its alright...bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit!!!!Adios Amigos!!!

Ilmu dan kepentingannya

Untuk menakluki dunia kita perlukan ilmu Untuk mencari akhirat kita perlukan ilmu Dan untuk memenangi kedua-dua dunia dan akhirat kita tetap perlukan ilmu...

Monday, October 8, 2012

Kehidupan dan Ujian

Memang hidup untuk diuji
Dan memang ujian untuk yang hidup
Dan kita memang layak untuk diuiji
Dan diuji berkali-kali
Allah tidak akan menguji kita pada apa yang tidak kita mampu
Dengan ujian itu sebenarnya Allah mengajar kita untuk lebih kuat, lebih tabah
Dan akhirnya...percayalah
Tiap ujian Allah itu ada hikmahnya...insya allah

Friday, May 25, 2012

ITS MY LIFE!

Event happens. Its okey its alright.
It will either paralyse or build me...dear ALLAH, i am choosing the later.
This making me more loveable, more stronger
I allow it, I accept it
I let go and I let GOD
I just need to go out
I am able to make a lot of positive moves
I am giving LOVE to  myself and am receiving a lot lot more from GOD
I am happy for no reason
I am coming back to be a stronger me
I am a relationship coach
I am bringing up happiness
I am working towards it and ALLAH make it happens....
insya allah..insya allah
I'll find my way

The Strength Lies In Me

Your action is conducted by your subconscious mind.
Bunyi seperti ungkapan biasa tetapi ia adalah satu terjemahan luar biasa. Bukan mudah bagi kita untuk membetulkan setiap tindakan sedar kita yang mana sebenarnya telah dipengaruhi dan dikawalselia oleh fikiran luar sedar kita...
Secara praktikalnya, kita harus mengingatkan fikiran sedar kita bahawasanya tindakan sedar kita telah terdidik oleh our subconscious mind....dan untuk mendidik subconscious mind kita..nah! inilah cabarannya..
The battle that is inside yourself is between two wolf..one is a devil and another one is an angle...
Which one wins?
THE ONE THAT YOU FEED!!!