Sunday, November 18, 2012
ANEKDOT 18.11.12
Perjalanan dari Ipoh ke KL seakan terlalu panjang dan memenatkan. Heavy traffic, ramai yang balik KL hari ni selepas cuti panjang bagi mereka yg bercuti Deepavali dan Maal Hijrah selama seminggu ini. Hujan lebat dalam perjalanan bersulam dgn panas mentari datang dan pergi. Alhamdulillah, nikmat Allah. Aku cuba melelapkan mata tetapi tak boleh kerana perasaan gayat menguasai diri ini. Tambah lagi dgn corak pemanduan pilotku yang sekejap brek mengejut, sekejap mengelak kereta yang no civic minded...pelik tetapi benar, kereta besar dan gah...tetapi dok bekejar ikut lorong kecemasan...sesekali mulut ni celupar juga mengata tapi kena protes dgn pilot kt sebelah...bebelan tak memberikan apa2 manafaat,kan?...nanti orang lain tak apa2, kita pulak yg tak pasal2 stress!
Singgah di Restoran Jejantas Sg Buloh. Ikut pilihan anak2...Burger King. Selesai solat Maghrib, baru bertolak balik rumah...
Moga Allah permudahkan segalanya...amiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment