Thursday, November 15, 2012
MAAL HIJRAH 1434H
Alhamdulillah hari ini sekali lagi Allah memberi peluang kepada diri ini untuk meniti hari baru di tahun baru hijrah. 1434Hijrah. Apa erti hijrah pada hamba Allah yang kerdil ini? Yang penuh kedaifan dan kekurangan serba-serbi apatah lagi ilmu akhirat. Ya Allah...hambaMu bertaubat Ya Allah.
Terlalu banyak amalan yang ingin aku perbaiki. Dari yang sekecil-kecilnya...sampai aku sendiri keliru dari mana harus aku mulai...astaghfirullah hal'azim...
Teringat kata Prof Muhaya. Formula 3M untuk berubah.
1.Mulakan dari yg kecil.
2.Mulakan dari diri sendiri.
3.Mulakan sekarang.
Aku bertekad utk bermula dari yg nampak kecil tapi sebenarnya amat besar kerana ia tiang agama...ya, SOLAT.
Aku bertekad utk memperbaiki kualiti solatku...solat awal waktu.
Moga dipermudahkan.
Rabbi yassir, walatu'assir...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment