GOLONGAN KANAN

Wednesday, April 21, 2010

GERBANG KE SYURGA

Aku ingin ke gerbang syurga...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Bawalah aku ke gerbang syurgaMu
Jadikanlah aku
Muslimah yang mendirikan Solat, taat berpuasa dan khusyuk mengerjakannya
Muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu untuk menjaga maruah dan prinsip agama
Muslimah yang sentiasa belajar dengan penuh kesedaran dan bersih fikiran
Muslimah yang sentiasa menepati janji, dipercayai dan amanah
Muslimah yang sentiasa sabar dan memohon keampunanMu
Muslimah yang sentiasa berzikir, bersyukur dan bermunajat
Muslimah yang menjadikan Asiyah, Maryam dan Khadijah sebagai ikutan
Muslimah yang sentiasa menjaga nilai, memelihara diri serta iffah
Amin Ya Rabbal 'Alamin....

No comments:

Post a Comment