Saling bercerita antara pasangan atau istilahnya pendedahan kendiri adalah bercerita tentang diri kita sendiri...atau pendedahan kendiri adalah satu proses pemberitahuan tentang apa jua perlakuan dan perbuatan kita kepada pasangan secara jujur. Proses ini akan memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain.
Bagi isteri semakin lama ikatan perkahwinan semakin banyak perkara yang dilaluinya ingin dikongsi bersama pasangan, dan dia juga mengharapkan pendedahan yang berbentuk timbal balik iaitu sang suami akan bersikap terbuka yang sama.
Tetapi dalam kebanyakan hubungan, situasi ini tidak berlaku. Semakin lama semakin banyak perkara tentang dirinya yang tidak didedahkan oleh suami..banyak yang makin menjadi hak privasi suami seorang...dan keadaan ini amat melukakan...
Suami akan membangkitkan isu kepercayaan sedangkan sebenarnya merekalah yang membina tembok ketidakpercayaan dari bata-bata privasi dan hak individu mereka yang sering mereka momokkan pada si isteri.Semuanya ini klise belaka sehinggalah fasa selanjutnya terjadi dalam ikatan perkahwinan tersebut.
Inilah fakta sebenarnya dan terpulang masing-masing untuk muhasabah diri.
Bukan niat untuk memprovokasi tetapi nama pun sebuah catatan perjalanan....
-bobo-
No comments:
Post a Comment