GOLONGAN KANAN

Wednesday, November 9, 2011

KOMUNIKASI : LELAKI VS WANITA

Secara purata seorang wanita dewasa mengucapkan 25,000 patah perkataan sehari berbanding lelaki dewasa yang hanya mengucapkan 10,000 patah perkataan sehari.
Wanita gemar dan perlu bercakap berbanding dengan lelaki. Secara amnya wanita gemar bercakap dengan orang yang dianggap penting dalam kehidupannya, terutama suaminya.

Wanita perlu bercakap untuk merasa puas dengan kehidupannya. Mereka juga perlu mendengar kata-kata manis dari suaminya dari masa ke semasa. Namun ramai lelaki yang tidak menyediakan ruang dan peluang kepada isteri mereka untuk bercakap dan memperdengarkan kata-kata manis dari mulut suami mereka..apatah lagi memberikan isteri mereka peluang meluahkan perasaan mereka tentang perhubungan dan dalam menyelesaikan konflik dalaman mereka.

Komunikasi lisan antara suami yang berkuasa veto jarang berkesan kerana tiada atau kurang nya elemen EMPATI dalam komunikasi lelaki..isteri memerlukan suami yang mendengar dengan 'hati' dan menasihati dengan 'terbuka'...

Wallahua'lam...

-BOBO-

No comments:

Post a Comment