GOLONGAN KANAN

Friday, November 11, 2011

SESUNGGUHNYA...

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walauku kutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walauku siram dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga khauthar

Sesungguhnya walauku kutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walauku siram dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati... padaMu Ya Allah

Tuhan... hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan... kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga ku tahu syukurku hanyalah MilikMu...

-nazrie johanie-

No comments:

Post a Comment