GOLONGAN KANAN

Sunday, July 28, 2013

DARI JENDELA INI...MADRASAH RAMADHAN SURAU AL WARDAH

DAILOG ANTARA IMAM MALIK DGN ANAK MURIDNYA....

Adakah kamu ingin menjadi hebat?
Imam Malik memberikan jawapan diatas dgn memberitahu anak muridnya bahawa, kalau kita hendak menjadi hebat, kita
1. Kena cari kenderaan yg tangkas
2. Kena usaha rumah yg besar
3. Kena ikhtiar pakaian cantik
4. Kena Cari cahaya yg terang
Kemudian Imam Malik bertanya kepada anak muridnya...
Apa yg kamu faham wahai anak muridku? Anak muridnya berkata..aku sudah ada kesemuanya kerana ayahku orang kaya. Imam Malik berkata..kamu belum faham apa maksudku..


Kemudian Imam Malik berkata...
Maksud untuk menjadi orang yg hebat,

1. Kenderaan yang tangkas itu adalah akal yg cerdas dan bijak. AQIDAH
    Sbb org yg ingin menjadi orang yang baik, menonjol dan dipandang org, mestilah org yg sentiasa cergas    buah fikiran dan pegangannya.
2. Rumah yang besar itu adalah sifat sabar dlm diri sbb dgn sifat sabar,kita mampu menguasai semua   situasi.IBADAH 
Orang hebat selalu Muhasabah diri. Jom muhasabah diri kita. Kita berada di kelompok mana...cepat marah cepat reda atau lambat marah cepat reda?
3. Pakaian yg cantik bermaksud akhlaq yg mulia, sifat tasawuf kita. Pembawakan diri kita. AKHLAQ
4. Cahaya yang terang itu pula bermaksud ILMU yg perlu kita cari. Ilmu akan pandu kita utk menjadi org hebat. Ilmu tidak akan habis dipelajari sepertimana kita sentiasa mencari cahaya terang dlm hidup kita.

RECAP
Kesimpulannya, untuk menjadi hebat seseorang itu mestilah bertonggakkan AQIDAH, IBADAH, AKHLAQ & ILMU. 

Terima kasih kepada ustaz yang tak sempat ku dengar dan catat siapa namanya kerana kuliah subuh ini kudengar dari jendela tingkat 15..teratak kecil hujung kota...

Semoga Bermanafaat.
19ramadhan 1434H

-bOBO-

No comments:

Post a Comment