Assalamualaikum...
Lama aku tinggalkan bicara di pojok sepi ini...
Tiada kekuatan malah tiada usaha untuk cuba mengisi entry.
Tapi hati ini terpanggil untuk melakar catatan santai untuk tatapan dan renungan dan untuk aku bermuhasabah diri...
Seringkali bila kita (kaum hawa maksudku...) diberi cuti bulanan oleh Allah SWT, secara tidak langsung kita akan bermalas-malasan dalam menjalani ibadah-ibadah lain. Alasan yang sering diberi oleh hati kita adalah...aku tak boleh solat...nak buat apa lagi ya...mengaji pun tak boleh...seolah-olah kitalah qariah unggul yang tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran sewaktu kita tak uzur...betul tak? tepuk dada tanya diri sendiri,,,aku tak cakap orang lain...aku la orang yang malas itu...
Sharing dari tazkirah subuh oleh ustaz Zaini Ibrahim...
Amalan Hari Jumaat bagi wanita
1. Selawat atas Nabi s.a.w
2. Membaca LAILAHAILLALLAH
3. Banyakkan ber ISTIGHFAR dan istighfar terbaik adalah ISTIGHFAR NABI YUNUS
4. Banyakkan berdoa kepada Allah swt
Amalan 1,2, dan 3 adalah sebahagian dari himpunan zikrullah yang sering menjadi amalan para solihin. Ini bermakna tidak terkurang walau sedikitpun amalan yang boleh dikerjakan oleh wanita yang uzur dan janganlah kita berasa kecewa dengan merasa Allah lebihkan kaum Adam dalam pembahagian pahala....
Kita juga mampu meraih pahala sebanyak mereka hanya dengan berzikir kepada Allah dan memohon doa kepadaNya...
Sesungguhnya tiada daya kita selain dengan KekuasaanNya jua...
Aamiin ya Rabb...
Rabbi Yassir...
-BoBO-
Kredit kepada Ustaz Zaini Ibrahim...
No comments:
Post a Comment